Khamis, 5 September 2013

Raya Pertamaku Yg Haru Biru

 
Assalammualaikum.
 
 
5 September 2013, bersamaan dgn 29 Syawal 1434H. Hari ni baru nak update entry raya yg dah basi. Saje je update last-last raya ni sebab nak kumpul semua cerita raya dan story dlm satu entry. Hahaha...gile keji tak alasan aku? Senang, simple dan padat. Tak macam tahun-tahun lepas sampai 3 siri Hanis update pasal cerita raya yg tak sudah-sudah. Hohoho...

 
Tak ada cerita yg menarik sangatpun raya tahun ni. Biasa-biasa je. Sama mcm tahun-tahun yg lepas juga. Tetap makan ketupat, nasi impit, lemang, rendang dan kuah kacang untuk raya pertama. Bab-bab makan memang aku akan igt sampai bila-bila. Huhu... Cuma yg bezanya raya tahun ni jatuh giliran di rumah family Hanis. Huh, lebih seronok dan bebas! imageLepastu dah beraya dgn bawa perut memboyot image, means raya bertiga bersama insan baru tersayang walaupun still nampak berdua. Pengalaman yg indah. Dan yg paling indah tak ada lagi soalan-soalan cepu emas yg membingitkan telinga seperti "Bila lagi?", "Bila nak berisi?", "Berdua je?"...Oh MANNN...sudah cukup sudah....(kan dah keluar lagu slot Akasia petang-petang :p)

 
Pagi raya seperti biasa, lepas solat hari raya dah ready pakai baju baru dan mekap cantik-cantik. Makan ala kadar je untuk alas perut sebab boleh makan lagi, lagi dan lagiiii sampai 10kali pun tak pe. Lepas tu masing-masing berkumpul di ruang tamu untuk berposing dan bergambar image. Tema tahun ni warna biruuu. Memandangkan tahun ni Hanis dan asben beraya di sini so, memang dah plan awal-awal nak pakai baju colour biru sedondon dgn ahli keluarga.
 



So, menu wajib yg mesti ada setiap tahun adalah ketupat, nasi impit, rendang dan kuah kacang. Nyum-nyum. Asalnya mak malas nak buat ketupat. Tapi, lepas Hanis pujuk-pujuk akhirnya mak buat juga. Siap cakap dekat mak lagi "macam tak raya je kalau tak ada ketupat". Memang makan banyak-banyak sebab ketupat mak tahun ni lebih sedap dari tahun-tahun lepas. Hihihi.

So, jom layan pic raya kitorg yg supers banyak ni. Confirm berpinar mata korg tengok.










 
 Selepas puas bergambar sakan, kemudian sesi bermaaf-maafan bersama ahli keluarga pula. Inilah saat yg paling di tunggu-tunggu. Yelah, selama ni kita banyak buat salah dan silap expecially dgn ibu bapa kita kan? So, time nilah nak mohon keampunan semula. Bak kata pepatah 'buang yg keruh ambil yg jernih'. Hehe. *Tetiba image




Saat ni yg paling syahdu. Waktu bersalaman dan minta maaf pada mak. Terus menangis teresak-esak dan peluk mak erat-erat. Kalau tahun-tahun sebelum ni setitik air mata pun tak pernah tumpah bila bermaafan di pagi raya. Tapi berbeza benar tahun ni. Maybe perasaan tu dah lain sekarang. Sejak pregnant, naluri keibuan tu semakin kuat. Dapat rasai dan alami sendiri macam mana susahnya mak tatkala mengandungkan kita dan melahirkan (Insha Allah coming soon) kita ke dunia ini. Bila cerita dekat mak tentang kepayahan yg Hanis alami waktu preggy ni mesti mak kata "macam tulah rasanya waktu mak mengandungkan Along dulu...". Siriusly sgt-sgt sedih dan terharu :'(

 
Terfikir juga oh, macam ni rupanya rasa loya, pening dan muntah-muntah waktu mak mengandungkan Hanis dulu. Macam rupanya rasa perut tak selesa, tak lena tidur akibat sakit pinggang, sakit bahu, sakit gigi, sakit-sakit kaki dan sbgnya. Macam ni rupanya rasa lapar, perut masuk angin, mual-mual, perut mengeras, perut merengang dan mengah waktu berjalan. Macam ni rupanya rasa seksanya nak bangun, nak duduk, nak baring, nak makan, semput, letih, penat dan sbgnya. Dan yg paling indah, macam ni rupanya yg mak rasa waktu Hanis menendang-nendang dlm perut mak masa mak mengandungkan Hanis dulu .
 
Siriusly, kalau boleh nak cium dan peluk mak erat-erat sepanjang masa .


*Eh eh, nak cerita pasal raya terus tercerita topic pregnancy women pulak. Kihkihkih...
 

 
 
Antara pic yg sempat weols capture sewaktu sesi bermaafan bersama ahli keluarga.
 
 
Asben dengan mak
 

Ammar dan Adah.
 
Iwan dan abah. Ish! tengoklah perangai adik Hanis ni...
 
Angah dan adah. Amboi gaya dah macam slot samarinda tv3 kenzz. Hihi...
 
And lastly, baru Hanis bermaafan dgn asben pula. Touching juga. Even dah almost 3years meraikan Aidilfitri bersama-sama tetap rasa macam baru pertama kali raya bersama. Banyaknya salah dan silap yg Hanis dah lakukan pada suami samada sedar ataupun tidak. Bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan suami yg penyayang dan memahami. Banyaknya tanggungjawab yg mungkin Hanis dah abaikan expecially time-time sakit dulu dan time pregnant ni. Memang banyak. Tapi asben kata dia faham dan dia sentiasa memaafkan setiap kesalahan Hanis. Syukur Alhamdulillah...
 
 

 
 
I love this picture. Asben kata ada sentimental value. Huhu image
 
 
 
 
Kembali bergambar. It's awesome image
 
 
 
 
 
Syukur Alhamdulillah, raya tahun ni dah raya beraya bertiga walaupun masih nampak berdua. Allah beri peluang beraya bersama si kecil di dalam tummy ni. Merasa juga pengalaman beraya semasa mengandung dgn perut yg memboyot walaupun tak nampak boyot sgt. Huhu...
Memang dari sebelum kahwin lagi selalu niat kalo boleh nak rasa beraya sebagai kekasih, tunangan org, isteri, bakal mummy dan Isha Allah jika diizinkan beraya sebagai ibu pula pd tahun hadapan. Semoga Allah memperkenankan doa-doa Hanis selama ini. Ameen.
 
 
 
 
 
Tengah hari tu sepupu Hanis dari Kajang datang beraya ke rumah. Nampak motor RR dia yg colour biru tu tetiba rasa teringin nak naik pula. Act dah lama sgt rindu nak naik motor. Haha...boleh pulak kan? Tak cukup mengidam dgn bermacam-macam jenis makanan sepanjang mengandung ni, tiba-tiba mengidam nak naik motor pulak. So, asben terpaksalah layankan je isteri gemok dia ni. Naik je, asben tak bawa pun ok.
 
 

 
 
 Alhamdulillah, selesai juga cerita raya pertama Hanis. Dikesempatan yg tinggal berbaki ni Hanis  memohon seribu keampunan seandainya ada kata-kata Hanis yg mengguris perasaan mana-mana pihak samada sedar ataupun tidak. Selamat menyambut bulan Zulkaedah. Haha...tetiba. Mentang-mentanglah Syawal dah tiba ke penghujungnya.
 
 
Mata boolat tak hengat.
 
 
Salam sayang. Jumpa lagi dientry raya tahun hadapan.
Thanks for reading!
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan