Khamis, 19 September 2013

Parents N Kids Expo 2013

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Saje je nak berkongsi sedikit cerita tentang Parents And Kids Expo yg Hanis pergi pada 1 September 2013 tempoh hari. Mesti korang semua bosankan asyik-asyik cerita pasal maternity dan baby je. Huhuhu. Nak buat cam mana dah memang symptom org mengandung. Dah kau kenapa...? Hehehe...
 
 
Sebenarnya Parents And Kids Expo ni berlangsung di KLCC selama 3 hari bermula dari 30 Ogos sehinggalah 1 September 2013. Tapi Hanis sempat pergi pada hari-hari terakhir sahaja. Itupun sebab sebelum ni memang tak pernah lagi ke mana-mana expo baby dan tak ada lagi pengalaman shopping barangan baby di expo. Kalau tak, jgn haraplah Hanis nak ke KLCC tu saje-saje, lagi-lagi time tengah sarat ni. Sebelum ni kebanyakkannya shopping baju dan barangan baby di shopping complex dan kedai baby je. For example macam di Parkson, Aeon, Anakku, Mydin dan One Baby Word. Orang kata dekat expo ni lebih murah berbanding beli di kedai ataupun shopping complex. So, Hanis pun checklah kat internet dan terjumpalah Parents And Kids Expo ni. Save date awal-awal dan decide nak pergi juga sambil-sambil shopping keperluan baby yg masih tak cukup lagi.
 

 
Tibanya hari yg ditunggu-tunggu...
 

 
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya walaupun penat dan senak perut kite berjalan mencari tempat expo ni (Hall 5 dan 6). Nasib baik ada kaunter pertanyaan. Memang sangat-sangat penting okeh diorang ni. Lupa pula nak bagi tau masa tu Hanis pergi dengan Mak, Abah dan Timah je. Asben mcm biasalah kena kerja. Tapi dia memang galakkan Hanis pergi. Kalau asben ada mesti lagi best sebab nampak mcm dia yg lebih excited dari Hanis. Hihuhihu...
 
 
So, di sini Hanis attach sikit beberapa keeping gambar yg sempat Hanis ambil untuk gambarkan keadaan di sana k. Masa di pintu masuk Hall ni kitorang dapat free give sample pembersih botol susu baby dan pencuci sayur-sayuran. Dapat banyak pula tu. So, kumpul-kumpul yg mak dan abah dapat sekali adalah dlm 10 botol kesemuanya. Hahaha...happy sesangat!!!
 

Tengok gambar ni pun dah tau siapa yg lebih excited kan? Huhuhu...
 

Masa mula-mula masuk tu teruja sangat-sangat tengok both-both yg penuh dgn barangan baby. Almaklumlah, time-time sekarang ni memang dah tak pikir barang-barang lain dah. Asyik nak cari n shopping barangan baby je. Oh, macam ni rupanya perasaan ibu-ibu yg dah ada anak ye. Tak kisah kita tak beli baju baru atau tak dapat barangan keperluan sendiri. Yg penting semua untuk anak ada. Alhamdulillah, Allah dah kurniakan symptom tu pada Hanis. Hehehe. Dah kau kenapa lagi?


Banyak juga both-both dari jenama terkenal seperti Pureen, Sustagen, Cheetah, Jimbo Jungle, Sunperry Kids, Gymboree, CCM dan bermacam-macam lagi. Tapi yg paling best bila tengok gelagat kanak-kanak yg tengah berphotoshoot dekat sini. Macam-macam gaya mengalahkan American Next Tops Model. Tak sabar nak tunggu baby keluar dan pergi bawa berphotoshoot jugak! Hihihi...Eh eh over pulak mak kau ni.


Act, harga barang-barang dekat expo ni memang boleh tahan murah dari harga asal. Macam brestfeed pillow yg Hanis grab dekat sini jenama Bamble Bee kalau dekat kedai biasanya RM99 tapi dekat expo ni Hanis dapat just RM60 je. Murah kan? Lepas tu banyak gile baju dan rompers comel-comel yg harganya serendah RM5 je membuatkan daku meroyan sekejap. Hahaha...mana nak dapat kalau kat tempat lain. Tapi Hanis tak beli banyak pun. Sebab sebelum ni dah ada 6 helai rompers for my little baby. So, Hanis beli 2 helai je buat kenang-kenangan. Lagipun rompers baby newborn bukan boleh pakai lama sangat kan. Ikutkan hati nak beli lagi 10 helai tu. Hehehe...


So, dekat expo ni dapatlah Hanis completekan kesemua barangan baby yg tak complete lagi sebelum ni. Alhamdulillah dapat beli bressfeed pillow, diapers bag, sehelai towel baby (buat tambahan yg sedia ada), dan 2 helai rompers. Next week tu Hanis balik rumah mak di Banting n start mendobi semua pakaian baby. Sebab dah 30weeks plus plus ni sepatutnya memang dah kena standby beg dan keperluan baby dalam kereta. Takut-takut terbesalin awal pula nanti. Taklah kelam kabut dibuatnya. Harap-harap baby keluar ikut due. Bukan apa...ummi tak sanggup tengok baby lahir dalam keadaan tak sihat nanti.


Guys, doakan kitorang selamat dan sempurna semuanya ok.
 Salam sayang...


 

I'am now 32weeks already. Happy mom to be!

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan