Khamis, 3 Januari 2013

Outing Di Tahun Baru 2013


Assalammualaikum.


Lama tak outing dengan Incik Asben berdua-duaan.
Selalu bila outing lebih kepada keluar dengan satu misi atau tujuan, macam beli barang dapur ke, attend wedding ke, balik rumah family ke, pergi majlis saudara mara ke, atau semuanya bersebab.
Tiba-tiba malam menjelang tahun baru asben buat surprise!
  “Esok kita keluar jalan-jalan ye. Abang tak kerja. Suprizeeee!!!”

Ops! Adakah suami aku mengigau disenja hari? (dengan perasaan semacam tak pecaya seperti mahu menghantukan kepala laju-laju pada dinding image. Tetiba kau!)
Maka, si suami isteri ni pun berkira-kiralah mahu ke mana pada keesokkan harinya…


(Dialong sebenar yg telah saya olah dan repair mana-mana ayat yg patut. Huhu…)

Isteri : Genting?
Suami : Mesti ramai orang. Selalunya orang celebrate new year dekat Genting. Nak balik mesti jalan jammed punyalah. Yg balik dari kampung (Pahang, Terengganu&Kelantan) pun lalu situ jugak. Nanti masa kita habis kat atas jalan jer.
(Satu patah perkataan je yg keluar dari mulut aku, dibalas 978 726 125 perkataan dari suami kan? Kemaennn…..)
Isteri : Ohh ek??? Okay. Erm…Bukit Tinggilah. (Jawab dengan confidence level yg sungguh tinggi)
Suami : Samalah…jammed nanti. Sume orang ikut Highway Karak kan...Sayang nak pergi mana sebenarnya?
Isteri : Sayang nak pergi tempat-tempat yg sejuk. Nak jalan-jalan sambil tengok permandangan yg indah.
Suami : Okeh. Kita pergi sini. Confirm Sayang suka punye.
Isteri : Mana? (Excited!)
Suami : Ice box.
Isteri : Bengong! #%&*$@


Lastly, weols decide pergi IKEA je. Lagipun memang saya tak pernah ke sana. Dapat jalan, makan, cuci mata, tengok barang rumah dan shopping!!! Nasib baik tak ke Genting. Sebab keluar dari rumah pun dah pukul 12:00tgh hari. Huhu…





Sampai je di IKEA terus cari tempat makan. Excited nak keluar sampai tak sempat nak breakfast. Makan dekat Kluang Station.

Lepas tu asben nak try tengok 6D Motion Adventure. Harga RM15 untuk seorang. Boleh pilih cerita apa dan rasakan cabarannya seperti berada di destinasi sebenar. Weols pilih cerita Dirt Car Race.

Tayangan tak lama pun. Cuma 8 minit je. Itupun dah betul-betul buat saya keletihan menahan emosi ketika beraksi di dalam mini panggung tu. Tak cukup dengan kerusi yg bergoyang-goyang, ditambah pula dengan semburan air, angin dan getah apa entah yg melibas-libas kaki kita. Rasa macam nak terjun je dari kerusi yg tinggi tu dan terajang getah yg melibas-libas dekat kaki tadi. Fobia tau tak!!!




Kemuadian weols masuk ke semua kedai-kedai yg ada di situ. Sampailah terjumpa satu kedai barangan Jepun yg superb comels ni di Tokutokuya. Sebut betul-betul TOKU-TO-KU-YA. Berbelit-belit kau lidah nak menyebutnya.Hehe…
Kebanyakkan barang di sini semua berharga RM4.90. Macam Daiso tu. Tapi Daiso pun aku tak pernah pergi.
Pusing-pusing sampai 10kali dalam kedai tu tapi tak tau nak beli apa dah. Sebab barang-barang rumah semuanya dah complete.
Siriusly, setahun setengah sudah berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri inilah kali pertama rasanya keluar sampai dah tak tahu nak beli barang apa lagi untuk rumah sendiri. Rasanya semua dah cukup lengkap. Syukur Alhamdulillah…


Akhirnya barang-barang di atas tu, asben yg pilih.

1.Bekas tempat letak remort tv,cd,kipas yg selalu bersepah-sepah.
2.Bekas tempat letak face cotton saya. Tengok, sampai face cotton pun nak letak dalam bekas khas. Huhu…
3.Mini speaker. Tak tahulah asben nak buat apa sebab laptop dan tab dah tak ada. Oh, untuk handphone dia kot.

Semua barang yg kami beli hanya RM4.90 setiap satu. Murah kan?


Dari situ terus ke IKEA pula. Ingatkan pergi IKEA time cuti new year ni tak ramai orang. Rupa-rupanya ramai pulak yg celebrate new year dekat sini. Pelik. Rasa dah macam berjalan di Pasar Borong Seri Kembangan pulak. Berasak-asak sampai tak nampak barang yg di cari.

Pergi ke showroom IKEA pun sama juga. Masing-masing bukan beli pun. Bergambar je lebih (aku letew). Lagipun showroom IKEA kan cantik. Dah macam design rumah sebenar. Boleh beri inspirasi kepada mereka yg berminat untuk mendeco-deco rumah ni.

Lastly, weols beli 2 biji vase berharga RM4.90 dan 2 anak pokok bunga berharga RM1.90. Sangat murahhhhh…-.-

Dari IKEA terus ke Tesco untuk shopping barangan dapur. Keluar dari Tesco pun dah pukul 9:00mlm. Terkejut beruk tengok harga tiket parking RM16:00! Gile mahal!!! Dah sama harga dengan tiket wayang untuk dua orang. Ok bye!


* * *


p/s : 
Masa berjalan-jalan banyak kali kaki saya cramp. Dah macam ibu mengandung pulak hehe… Maybe sebab dah lama tak berjalan lama-lama kot. Tapi jalan dengan suami tak sama macam berjalan dengan pakwe. Tak perlu risau nak balik cepat ke, mak marah ke, kena sharp on time ke. Tapi kadang-kadang tersasul jugak. Asyik nak tengok jam je. Teringat kalau balik lambat pasti mak marah macam masa sebelum kahwin dulu. Tengok, dah lama kahwin pun still rasa macam tu. Hari-hari rasa macam baru kahwin je. Sangat manisss!

Masa beli barang-barang dapur, tiba-tiba hati rasa sayu je. Tengok barang-barang dalam troli, kemudian tengok muka suami, lepastu tengok balik barang-barang dalam troli sambil cepat-cepat kesat air mata. Kalau boleh tak nak suami perasan. Mungkinkah bulan ini bulan terakhir dapat shopping sama-sama dengan suami? Tak boleh nak kata apa dah.


Thanks for Reading.

2 ulasan:

  1. fiza-suami kena keja tempat lain ke?,means luar dr m'sia?sabar ye fiza..mcm ne la pasaan fiza nnti..anis mse asben outstation ke perak 2 bln pn da sengsara hidup..cewahhh! gedix..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah Nis, kalau ada rezeki kitaorang. Tulah, tak dapat nak bayangkan. Berharap dan berdoa je semoga Allah mempermudahkan perjalanan dan urusan kitorang berdua. Amen...

      Padam