Selasa, 5 Mac 2013

Ulangtahun Ke-2 Perkahwinan Kami. Sederhana Itu Indah Dan Bahgia


Assalammualaikum


Treettt treettt treettt. Tetiba dapat mesej dari suami terchenta. Adakah ini yg dinamakan L.O.V.E? Huhuhu...


Alhamdulillah…hari ni genap usia perkahwinan kami 2 tahun. Walaupun masih berdua (hehehe..belum betiga, berempat dan berlima. Eh, teruknya nak anak kembar tiap-tiap tahun. Ok bai!) tapi, syukur sebab Allah masih mengurniakan perasaan dan kasih sayang yg sama kepada kami seperti di awal-awal perkahwinan dahulu.


"Terima kasih suami kerana memberikan dan melimpahkan kasih sayang yg tidak pernah berbelah bahagi. Terima kasih di atas kesabaran yg cukup tinggi dalam menempuh onak dan duri hidup bersama sepanjang 2 tahun ini. Dan yg paling penting terima kasih kerana menyediakan syurga yg cukup indah ini tika bersamamu." Mana tak rasa seperti di syurga, sebab mintak apa je semua dapat. Hehehe…


Malam tadi tetiba asben ajak jalan-jalan di Jusco Equine sebelah rumah. Walaupun keadaan perut tak mengizinkan, tapi saya gagahkan juga demi memenuhi permintaannya. Bukan ada hal penting pun ke sana. Cuma temankan asben bershopping dan kemudian weols membeli belah barangan kelengkapan rumah di Daiso.


Malam tu asben ajak makan di Kenny Rogers. Konon-konon nak celebrate annyversarry sekalilah. Tapi saya tolak sebab takut perut tak terima makanan pelik-pelik time malam. Biasalah perut wanita melayu kampung. Eh!, silap orghang melayu lah katakan. Terus saya ajak makan nasi putih, sup campur dan telur bistik di restoran fav kitorang kedai Makcik Juriah!!! (suka-suka je aku letak Makcik kat depan kedai tu. Hahaha…)


Lepas makan…gurrllpp! Alhamdulillah. -_-


Kemudian berborak berdua-duan dengan suami tentang perihal kerja dia akan datang, tentang live, cerita semasa dan family masing-masing. Eh, macam kat rumah tak boleh nak berborak-borak pulak kan??? Sejujur-jujurnya time-time macam nilah weols suami isteri dapat bercerita panjang dan meluahkan perasaan masing-masing. Ia semacam ada suatu feeeellll yg kita tak boleh dapat di rumah kerana adanya gangguan-gangguan seperti tv, laptop, tilam, bantal, kerja-kerja rumah dan anak yg menangis! Ops! Lupa pulak tak ada anak lagi. Jadi dari manakah datangnya suara anak yg mengganggu itu? Hahaha…Lupakan. Pelempang pulak kang!


So, 2nd anniversary kitorang jadilah : Jalan-jalan di Jusco, shopping di Daiso, makan nasi di Juriah, dengan menaiki motor. Ada macam pantun 4 kerat tak?
“Huh! Naik motor membuatkan daku teringat zaman-zaman muda belia semasa bercinta dulu. Ekekeke!”


Tak perlu hadiah sebesar kondo 40 tingkat atau banglo mewah yg terletak di Freser Hill. Tak perlu hadiah berupa 10 kilo emas, intan dan berlian untuk membaluti tubuh saya. Tak perlu makanan ala-ala barat di restoran mewah atau hotel-hotel mewah. Tak perlu keluar dengan menaiki  kereta-kereta mewah seperti Ferrarri, BMW atau Fairlady. Tak perlu…tak perlu…tak perlu…


Kerana, apa yg perlu adalah kebahagian yg dapat dinikmati bersama selama-lamaya…Wit weee!!!


Kadang-kadang hidup secara berserdahana jauh lebih indah dan bahagia tahu tak? Hehehe…


p/s : Terima kasih pada semua yg mendoakan kebahagiaan kami. Semoga perkahwinan kami ini di berkati oleh Allah s.w.t hingga ke akhir hayat. Ameennn.



4 ulasan:

  1. semoga kekal bahagia selalu.. semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga.. insyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih my dear Zana...Semoga Zana n asben pun sama, jodoh berkekalan hingga ke syurga :)

      Padam
  2. happy anniversary kakakku sayang..
    smge sntiase di bwah lindungan ALLAH s.w.t..
    dan smge kekal bahagia hgga ke akhir hayat..aminnn :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....semoga rumah yg dibina berkekalan da seterusnya berterusan hingga ke syurga..insyallah...

    BalasPadam