Selasa, 25 November 2014

Basikal Hello Kitty Meddina

 
Assalammualaikum...

 
Hai dearies!
Hai peminat Meddina! (eh, perasan)
Hai peminat ummi Meddina! (lagi tambah perasan)
Huhu... Perasan tak, ummi Meddina malas betul nak bersihkan sawang-sawang dekat belog dia ni kan? Dah penuh dengan sarang labah-labah. Apa, tak nampak??? Ok bai...Hahaha...



 
Just nak update n ramai (ramai ke?) yg bertanya beli dekat mana basikal ellow itty Hello kitty smileys Meddina tu? Ok, ini ceritanya. Seminggu sebelum majlis birthday Meddina hari tu Hanis saje-sajelah ajak asben ke Nilai 3. Niat nak cari barang-barang untuk majlis birthday Meddina dekat rumah mak abah n majlis birthday sebelah rumah mertua nanti.
 
Tergatal pulak pasangan sejoli ni (sila muntahhh) masuk ke kedai permainan kanak-kanak yg ada di Nilai 3 tu.  Konon konon...nak servey-servey je. Memandangkan birthday Meddina dah nak dekat, asben kata kalau dah jumpa mana-mana yg berkenan beli jelah terus. Ok, niru tapak tangan, Banjaran Titiwangsa Hanis tadahkan! Excited sungguh ummi Meddina uolsss. Rasa nak lompat bintang 44kali. Hahaha...tebiat!
 
Mostly, harga dekat sini boleh tahanlah. Murah sikit dari tempat lain. Tapi yg penting banyak pilihan dan boleh tawar menawar. Bukan setakat basikal, kereta, motor, superbike, kuda, patung semua ada... Kalau korang bawak anak yg tak tahu apa-apa macam Meddina, memang selamatlah. Tapi kalau yg dah besar and dah pandai mintak itu ini pun selamat jugak. Selamat duittt korang dekat owner kedai tu. Huhu...
 
So, pada siapa-siapa nak cari bike ke, kereta mainan ke atau apa-apa sahaja mainan untuk anak-anak uols Hanis highly recomended dekat Nilai3 ok. Jgn lupa sediakan fulus banyak-banyak. Takut anak-anak korang hysteria tengok dan mak bapak theyols lagilah rambang mata ye tak?
 

Buli atok dia suruh bawa jalan-jalan setiap pagi. Huhu...

p/s : Kalau nak cerita pasal first car Meddina mungkin stroller dan walker dia adalah yg pertama. Tapi basikal hello kitty ni first bike dia. Maybe lepasni abah Dina dah boleh kumpul duit beli superbike untuk anak dia pulak kot. Tak dapat beli superbike betol-betol, dapat beli yg kanak-kanak punya pun jadilah erkkk! Hihihi...


 Ok, bye!
Hello kitty smileys
 


1 ulasan: