Rabu, 15 Jun 2011

Melaka Bandaraya Bersejarah


…Assalammualaikum…


Hai, sihat semua? Cam bajet pulak kan..hehehe…


Alhamdulillah, kalau semua sihat. Kalau dah sihat boleh pergi jejalan kan? Entry kali ini mengenai percutian weols suami isteri setelah bergelar raja sehari sebulan yg lalu. Kalau dah kahwin mestilah pergi berbulan madu, ye tak? Percutian kali ni singkat je..sebab tak ada bayak masa sangat.. So, guna cuti hujung minggu sahaja kalau nak berjalan pun…


Destinanasi yang diterokai adalah

















MELAKA
(bandaraya bersejarah)-kata dalam hati je..hue hue..


Guys…inilah bandaraya MELAKA
(permandangan dari atas Menara Taming Sari)



Weols bertolak dari rumah kira-kira jam 3.30petang..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Putrajaya-Melaka.
Dari Lebuhraya Nilai terus ke Ayer Keroh, Melaka. Non stop…
Sampai sahaja di Bandar Hilir terus pusing-pusing sambil mencari Hotel Bajet…hi.hi…




Peace sebab nak yg bajet-bajet jer…hahaha…



Cari punya cari sampai dua-dua orang naik pening, pastu naik hangin…tak jumpe-jumpe jugak. Kitorang malas nak cari hotel yang jauh-jauh dari bandaraya tu. Sebab bajet nak jalan kaki je kalau jejalan nanti. Mybe, hampir 10kalilah jugak pusing-pusing tempat yang sama je. Memang ada banyak hotel kat situ, tapi semua dah penuh.. Yang ada hanyalah untuk family. Engkau gile nak sewa untuk family tapi yang duduk dua org jer…Bhahaha.


Hari semakin gelap…kemudian berhenti sekejap untuk makan malam.. Lepas makan pusing-pusing lagi..sampai En Hubby kata ''Yang, kalau abg drive smbil pejam mata pun dah boleh hafal jalan kat sini''….Puh! berlagak seyyyhhh laki aku ni…hihi…


Lastly hampir pukul 9.00mlm jugak lah dapat hotel yang untuk couple jer…Dekat pun dekat beb… RM108 include breakfast…Alhamdulillah….


(^__^)



Pas check in hotel, kemas-kemas barang dan lepak-lepak smbil baring-baring jap..penat sangat…


But..untuk pengetahuan korg kat Bandaraya Melaka ni jangan suka-suka je nak parking kereta tau. Boleh kena saman.. Majlis perbandaran kat sini mmg alert gile..Time hari cuti (sabtu/ahad/cuti umum) pun kena beli sticker parking&letak kat cermin depan kereta u all tu..kalo kena saman memang TAK berbaloi-baloi…


Uols boleh dapatkan kad/sticker parking ni kat kedai-kedai macam 7Eleven@hotel tempat uols menginap pun ada jual.. Tak mahal guys, only RM5 for 1 day..dari pagi sampai malam..murah je kan?


Malam tu lepas mandi&solat isyak kitaorang keluar jalan-jalan lebih kurang dalam pukul 12:00tgh mlm.. For ur information, walaupun hari dah larut malam Bandaraya Melaka tetap happening. Macam-macam aktiviti dorg buat kat sini… 
(Ha, ingat KL je happening? Melaka pun dasat jugak tau!)

Sebelum 2 ktorg ada jalan-jalan kat area Perigi Hang Li Po. Tapi kawasan tu agak sunyi. Then jalan-jalan area Dataran Melaka je. Siap ada show kereta smart-smarties lg.. Dorg pasang speaker high freq smpai boley gugur jantung u all kalo ada kat situ.. After tew ktorg ronda-ronda uptown kat situ smbil beli Steamboat. Konon-konon I  macam mengidam lah pulak..Teheee… (^__^)


(**Sorry, time malam tu ktorg tak snap pic pun. Tak berapa jelas. Almaklumlah just guna kamera hp jerk)





…KEESOKKAN HARINYA…
(adalah hari yg dinanti-nanti)


Bangun pagi-pagi lalu…..

“ Hubby-hubby, bangun dh pagi ni..cepat-cepat solat subuh.. Cepat...!!! ”


Saya terus mandi, solat dan siap cepat-cepat untuk turun breakfast pagi tu. Sebelum bergerak kemana-mana perut yg comel haruslah diisi dengan kuantiti yg seimbang agar kau tak terumbang ambing masa berjalan-jalan nanti. Ceh!


Selesai breakfast adalah masa untuk memperagakan diri dan berphotoshoot di lobi hotel pun jadilah. Huehue...



**Tu budak yang kat atas tu dah setahun tak breakfast, manakala budak yang bawah dia pula macam dah 2 tahun tak breakfast uols.. (^__^)



**Ini pula 2 orang budak nakal yang sempat lagi berphotoshoot kat lobi hotel.



Setelah pelbagai aktiviti tidak bermotip dilakukan di lobi hotel tadi, En Hubby telah mengajak saya untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel. Sebab semalam weols ada ternampak tempat yg sungguh awesome dihiasi dengan laut&kapal-kapal nelayan diarea-area sini. Jalan kaki je kawan-kawan, sebab tak jauh mana pun.. Jom layan gambar yg sempat Hanis capture………………




♥ ♥ ♥


12 means 1 kepada 2. Dulu sorang sekarang berdua.


Belangkas


Maaf, tiada persamaan antara gambar yg di atas&pasangan sejoli ini ok..hihi..


Jalan-jalan terus ke Menara Taming Sari..lalu bayar RM20 untuk 2 pengunjung comels dan terus berdesuppp menara tu naik ke atas sambil berpusing-pusing keriangan………
(haha...ayat kau kemain kan Hanis)

  
Weols atas Menara Taming Sari nih. "Gayat mak!"


Nak skodeng orang mandi tak?
^_*


Ini adalah sebahagian daripada hasil permandangan kami dari atas.


Wooohooo…!! Kaget bangat 
Lepas jalan-jalan di kawasan tepi laut, Hubby ajak balik Hotel. Weols kemas-kemas barang apa yg patut dan rehat sekejap.
After that, weols check out hotel sebab jam telah pun menunjukkan hampir-hampir ke pukul 12:00 tgh hari. Destinasi seterusnya adalah destinasi mengenyangkan perut dahulu. Sebab, bila perut kenyang hati pun senang untuk berjalan. Hue hue...betul tak?
(mesti ingat ni "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati")



Taman Bunga Merdeka. Tak jauh dari lokasi Menara Taming Sari tadi. Berposing sakan macam "Kau nak bang ke ape Hanis" Bhahaha...


Destinasi seterusnya adalah Muzium Rakyat. Bangunan ni pernah menjadi Pejabat Pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) suatu ketika dahulu. Ianya telah dijadikan Muziun Rakyat oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Bangunan bewarna merah hati setinggi tiga tingkat ini meliputi Muzium Kecantikan, Muzium Layang-layang dan Geleri 3D Vision
(ada macam Melacca Tourist Guide tak aku bercerita. Hihi...)


Mari kita layan gambar yg sempat pasangan manis (sweet couple) ni snap semasa berada di dalam Muzium Rakyat ini.


Berlatar belakangkan Muzium Rakyat


Family Baba Nyonya yg banyak terdapat di Melaka.


Big sandal


Ini Muzium Layang-layang. "Hai serangga, awak bawak saya terbang buleh?"


Hot ~ ~


Perjalan diteruskan lagi dengan melawati Replika Istana Kesultanan Melaka.Apa yg saya tahu Replika Istana Kesultanan Melaka ini dibina berdasarkan bentuk istana sebenar pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah dahulu.

Di sini kita berpeluang menambah pengetahuan berhubung dengan institusi Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat pelbagai model Istana Melayu turut dipamerkan disamping peragaan pelbagai koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan dan barangan tembikar.



 Belakang tu adalah model Institusi Kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu. " Psstt...boleh tak saya nak menyampuk dalam perbulan mereka?" He...


Berikut adalah pesalah yg sedang menanti hukuman yg akan dibicarakan setimpal dengan kesalahan mereka.
(bukan yg bertudung pink tu ye)


 Barangan tembikar yg berusia beratus-ratus tahun.


Di belakang ni adalah tempat atau bilik rehat Sultan di Istana. Wit..wit..!


 Panas tapi still nak bergambar kan!


 Hubby, please jangan nak posing comel sangat boleh tak!


Buat-buat macam kat obersi letew. Padahal Malaysia je kak oii!


Destinasi berikutnya adalah Muzium Samudera. Alah...yg bentuk kapal big big tew. Bayaran masuk ke sini kalau tak silap saya ialah RM3 sahaja. Tapi uols boleh masuk  Muzium Samudera Fasa 1, Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium TLDM dengan kadar bayaran tersebut. Kira pekej all in one lah. Bayar RM3 boleh masuk 3 muzium sekali. Tapi kalau uols tak larat nak masuk ketiga-tiga muzium ni pun tak ape. Tak kena paksa pun.



 L.O.L = Lot's Of Love!


 Berlatarbelakangkan Muzium Samudera Fasa 1


Info : Tahukah anda bahawa muuzium ini telah dibina pada awal tahun 1990an berdasarkan sebuah replika kapal portugis yg bernama Flor De La Mar.

Kemudian kami bergerak pula ke Muzium Samudera Fasa 2. Muzium ini adalah kesinambungan dari penubuhan Muzium Samudera Fasa 1 yg merupakan bekas gudang Gutrie yg telah dibaik pulih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Ruang pemerannya menggunakan teknologi audio dan pencahayaan khas yg moden bertemakan dunia maritime.


 Paruh bukan sebarang paruh. Ini adalah paruh kapal yg sungguh awesome. Auwww!
*kreatip*


 Ini saudagar kapal yg telah di awet. "Geram aku tengok janggut dia. Mari tarikkk!" Hahaha...


"Hubby, kau baca doa kat situ buat ape?"


Mari menyelam ke dasar lautan. Wehuuu...


Gambar di Muzium TLDM kami tak banyak ambik. Kalau adapun dengan tudung yg senget sebelah dan muka yg dah kusut masai. Kalau nak diikutkan banyak lagi muzium yg belum weols berdua lawati. Disebabkan hari telah lewat petang, kitaorang mengakhiri lawatan sambil belajar di Muzium TLDM je sambil diri berkata...

"Kirim salam kat Muzium-muzium yg laen ye! Bhahaha!"

Balik tu sempat singgah pantai dan melawat Pusara Hang Tuah...

p/s : Syukur honeymoon yg sungguh bermakna. Bukan setakat berbulan madu suka-suka sahaja, tetapi banyak info dan pengetahuan yg diperolehi. Nasib baik asben pun meminati bidang sejarah sama seperti saya.

Lepas ni boleh terokai sejarah Mahsuri di Pulau Langkwi pulak kan?

Bye!
Thanks for reading.

Info by : blog han ( Melaka Bandaraya Warisan Dunia)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan