Khamis, 9 Jun 2011

Our Reception Day (^__^)

Assalammualaikum…

My Wedding Story…
Episod Ke Dua


Ehem..ehem..Kalu dah ada entry pasal nikah, mesti ada entry pasal bersanding kan? (WAJIB!) Entry ni untuk tatapan dan kenangan Hanis jer. Okay…Let’s go to the truth…Kenduri bersanding berlangsung keesokkan hari selepas nikah pada hari Ahad, 6 Mac 2011. 

Pagi-pagi bangun dari tidur terus kemas-kemas bilik. Dalam pukul 10 pagi dah ramai juga tetamu yang hadir. Saudara mara yang jauh dan dekat tak lupa juga yang telah ber’kampung’ di rumah saya semua ringan-ringan tulang membantu. Alhamdulillah…Ramai sangat yang datang. Terharu dan tak sangka sebab ini adalah kali pertama Mak dan Abah mengadakan kenduri kahwin. Menantu sulunglah katakan. Niat kami nak buat sederhana sahaja. Tapi rasanya dah grand giler dah..hehehe… Tak apelah. Yang penting meriah. Sampai hari ni pun ramai lagi yang bertanyakan Mak dan Abah bila lagi nak buat kenduri kahwin? Ahaks!

Lepas mandi, dalam pukul 10.30pagi tu my lovely MUA pun sampai. Tak sangka Kak Nurul punya sentuhan memang ajaib. Cantik seyyhhh! Thanks Kak Nurul…(^__^). Tak rugi Hanis ambil Andaman Azika Collection hari tu. Walaupun mahal sikit tapi berbaloi-baloi. Overall memang hanis berpuas hati sangat dengan make-up dari Kak Nurul. Masa Kak Nurul sampai pun agak lewat. Risau juga sebab pukul 12.30tgh hari dah nak bersanding. Tak sampai 2 jam je nak make-up. Tapi Alhamdulillah. Maybe Kak Nurul ni memang dah pro kot. Sekejap je dia make-up. Tapi hasilnya memang gorgeous..hihi.. Jom…
























Finally...OMG!!!
(^__^)



Selesai make-up, bergambar bersama Kak Nurul...(Azie, sayayangcomel, Kak Nurul-MUA)


Habis selesai make-up, husband Kak Nurul pun ada masuk ke dalam bilik ni untuk ambil gambar. Ramai masa tu. Abang Fendi dan adik Hanis, Saadah pun ada. Kitaorg semua bergambar. Semasa berdebar menanti sang putera (Ceh!) hehehe.. Ops! En. Husband la, tiba-tiba Hanis di serang oleh segerombolan rakan-rakan media (konon-konon la…) yang hendak menemuramah dan bergambar bersama Hanis…hahaha…Kelakarlah. Bukan rakan-rakan media k. Rakan-rakan sahaja. Terkejut and tak sangka diaorang datang. Rakan-rakan classmate dan roommate masa study di Johor dulu pun ada. Thanks Asz, Sarah, Farah dan Faezah. Tak lupa juga pada Suryani dari Melaka yang telah sarat mengandung. Thanks u all and love u all sangat-sangat. (Terharu sampai nak mengalirkan air mata, tapi takut nanti eyeliner I bleach pulak. Ahaks!)

“Pak pak kepak kebum kebum kebum…Kompang di palu…pengantin malu....” Suka sangat dengar lagu ni. Lagi-lagi time kita kawin. Korang tau, hari yang paling menggembirakan Hanis adalah masa wedding dulu. Kalaulah di beri peluang untuk buat kenduri kahwin lagi memang Hanis akan join..hihi..Seronok, bukan sebab kita raja sehari masa tu, tapi seronok sebab kenduri besar-besaran beribu-riban untuk meraikan kita. Mestilah seronok beb! Try ar…pada yang tak ada naluri nak kahwin tu baik korang tukar balik feel korang untuk berkahwin. Cayalah, mesti korang tak rasa serik punya. Cepat la..cepat la..hehehe…



Sewaktu rombongan dari pihak Husband saya tiba.
(Mesti masing-masing tengah kehangatan sebab cuaca sangat panas...Sabar yeee..hihi..) 




Ops! Saya sedang menjeling Abang OP saya..hihi..


(^__^)



Renjis-renjis dipilis :p


Comelnyeee :p


Keluarga bersama 'orang-orang' kuat saya...
Dari kiri belakang : Shafik, Ammar, Are-Dah, Halim, Timah, Husband saya, Emak, Abah, Saya yang kiut..hihi, E-Wan & Azie...


Wif Mak Mertua & Ayah Mertua yang di sayangi...(^__*)


Keluarga mertua...
Dari kiri berdiri : Kak Liza, Abang Firdaus, Athirah comelzz, Kak Ina, Abang Farizal, Ayah Mertua saya, En Husband, Saya lagi comelzz, Emak Mertua & Riduwan...


10 perkara paling menarik yang tak boleh saya lupakan adalah :

(1) Masa rombongan pangangantin lelaki tiba, saya dengan 'eksited'nye telah keluar rumah..semasa hendak melangkah keluar pintu, tiba-tiba terdengar suara Abang DJ menyapa "Hai pengantin perempuan...perlahan-lahanlah sedikit jalan tu..Jangan gelojoh sangat. Tak larinya pengantin lelaki kat situ..." Hahaha..semua orang gelakkan aku. Argghh!!..lantak kau lah...aku buat muka tebal jer...hihi..(kontrol malu beb, tapi dalam hati tak malu langsung pun..hihi..)

(2) Masa berarak dengan En Husband bawah khemah makan, saya sempat lagi menjeling rakan-rakan yang hadir. Niat di hati rasa nak lambai-lambai je kat diaorang..(hu..bajet artis sedang jalan atas red carpet la tu)..tapi terpaksa kontrol ayu dengan senyum sahaja ke arah mereka, tapi sebenarnya memang hakku ayu pun kan time tu? Hahaha....

(3) Paluan kompang dari Warisan Sri Delima, Kg Melayu Subang memang superrrbbb lah. Mesti orang kampung saya ni terpegun dan terharu sampai mengalirkan air mata darah melihatnya...(^_*).Yelah, masa kompang di palu memang dengar sore kompang dan budak-budak kompang ni sahaja. Sampai nak pecah telinga di buatnya. Paling best En Husband sendiri yang bawa geng-geng kompang dia. Haa.."Sendiri datang, sendiri palu"..wah-wah cam tagline gitu. Auwww... Thanks sangat-sangat. Kompang korang memang best 1000x ganda. Kalau uols nak tempah boleh klik jer kat SINI. Harga pun boleh tahan, tapi untuk majlis saya dapat special price...FREE sahaja okeh! Hahaha...

(4) Semasa upacara memotong kek, Mak tetiba lak touching. Mak nangis semasa Husband Hanis nak suapkan kek ke mulut dia. Lantas Hanis cepat-cepat peluk mak dan Husband. Mak kata mak sedih sebab sorang anak perempuan mak dah diambil orang. Kalau saya dah besar nanti N dah ada anak tentu saya pun rasa dan lalui perkara yang sama. "Mak...saya tetap anak mak dunia&akhirat, jasa dan pengorbanan mak tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Mak lah orang yang sentiasa ada di sisi saya ketika saya susah&senang. I LOVE U MAK....."

(5) Abang Dj tu boleh pulak mainkan lagu DEALOVA time kitaorang tengah makan. Dengan slumber dia kata itu lagu percintaan kitaorang. OMG! Suka-suka hati dia jer. Tapi memang betul pun masa dulu-dulu..hihi..Felling betullah.

(6) Ex-boy saya pun ada datang tau...jangan mareee..hihi...

(7) Lepas bersanding, tepung tawar, makan biadap beradap, potong kek, bergambar sume bagai...terus Abang Fendi (OP saya) ajak kami untuk fotoshoot di Putrajaya. Semasa kaki keluar melangkah rumah, tibe-tiba Abang DJ sekali buat hal dengan mengajak saya dan Husband untuk membuat sedikit ucapan konon-kononnya. Tapi bukan sepatah dua kata jadinya, dah jadi 1000-2000 patah kata... Ingatkan sattle lah. Lepas tu dia suruh nyanyi pulak. Korang tau lagu ape? Memang evergreen gilerlah. Ala-ala 70an. Ha, ambik kau...'Seiring Sejalan'...dendangan Uji Rashid&Hail Amir Version Mellinium. Nasib baik tak hujan lepas tu. Hanis ONNNN jer. Hubby pulak cam malu-malu. Tapi terpaksa layankan ajeeee..hahahaha...(1st time nyanyi kuat-kuat jerit-jerit depan orang ramai...)

(8) Semasa outdoor photoshoot di Putrajaya, ramai pak-pak&mak-mak Arab yang minta izin utuk snap pic kami. Yawww..dah macam artis pula hakku rasa...hahaha..(gediksss terlampau!). Penat outdoor sampai pengantin sendiri yang surrender nak BALIKKK...!!! PENATTT.....!!!

(9) Malam tu kitaorg (Sayayangcomelss, Hubby, Halim, Are-Dah, Ammar, Iwan, Shafiq & Timah) eksited giler nak kira duit salam mak&abah...hihi...Seronok sangat. Dah macam pekerja kilang koyak sampul dan asingkan duit masuk ke dalam kotak..Yawwwiii...! Ada Rm50, Rm10, Rm5, Rm...Rm... Rm1 pun ada...Tak ada Rm pun ada..hihi..Alhamdulillah....Paling menariknya Hanis dah surrender dulu dah. Halim, Are-Dah&Ammar pun sama. Tinggal Hubby, Shafiq&Timah jer yang mengira sampai habis...

(10) Sampai sekarang saya tak boleh lupa ke semua di atas...best, best..lepas ni nak g jumpa DORAEMON sebab nak pinjam kat dia mesin waktu yang boleh ulang semula majlis wedding saya dulu..ahaks!




Lot's Of Love


Hanis & Rizal
(^___^)

1 ulasan:

  1. hiik time nie xkn dpt sy lupakn smpai ble2..hiiik tahniah n looovvveee u all so much

    BalasPadam