Selasa, 7 Jun 2011

My Wedding Story…Soleminazation

Episod Pertama

 
     Assalammualaikum…

Entry kali ini mengenai kisah majlis pernikahan saya…

(^_^)

Seronokkan kawan-kawan…yeah! (sambil buat muka teruja)

Kejadian ini berlaku pada tarikh 05 Mac 2011 yang lalu..Masa itu umur saya 26 tahun
(Eh apesal lak ko sebut umur ko?umur ko sekarang 62 tahun ke Hanis?)

..hihi…sajerjer…

Cerciter..cerciter lagi…

Hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba, segala persiapan telah diatur dgn baik&cukup rapi sekali..sebab saya guna conditional yg agak mahal…
(pls la jgn nak merepek lg..)
Dengan harapan,doa&tawakal…tepat jam 2 petang, saya,ahli  keluarga dan saudara mara telah menuju ke Masjid Al-Khairat, Kg. Olak Lempit, Banting…

Knp?

Di sinilah saya&En Tunang(sekarang En Hubby) akan dinikahkan…

Teringat masa sebelum ke masjid, Mak Andam saya iaitu Kamelia ada bertanya… “ Awak tak nervous ke? “ 
Lalu saya menjawab… “ Ntah la..saya rasa biasa jer..hehehe “ Siyes beb, tak rasa gugup sangat pun. Lebih rasa excited pulah..hehehe..gatal..
Maybe sebab Allah tolong saya kowt. Yelah, saya memang tak henti2 berdoa&membaca surah2 Al-Quran. Dengan tu saya rasa lebih tenang. Alhamdulillah..semua berjalan dengan baik.

Untuk bakal-bakal pengantin, ingat tu..amalkan macam yang saya buat ye. InshaAllah kalau kita ingat Allah dan bermohon kepadaNya, Dia akan membantu&mempermudahkan segala urusan kita.



Ini adalah muka kegembiraan kami setelah menjadi pasangan suami isteri BARU…(^_^)


WOW!...sungguh teruja…

Mari kita cerita lagi…

Sebenarnya kami akan dinikahkan selepas solat Zuhur…jadi utk tidak melengahkan masa lagi, kami sekeluarga telah menuju ke masjid tersebut.
Saya menaiki kereta bersama adik perempuan saya,emak&adik lelaki saya selaku driver (sorry Angah..dapat pahala tau bawak org mendirikan masjid ni…hi..)
Turun sahaja dr kereta…









Jeng…










jeng…











jeng…











Rombongan dari pihak lelaki telah pun tiba..saya agak gugup saat itu..Namun yg terlintas di fikiran saya hanyalah membacakan beberapa surah lazim sambil berharap semuanya berjalan dgn selamat..Amin….


Ini adalah gambar bersama ahli keluarga tercinta sebelah saya&suami…
Mari saya kenal kan 1 per 1…
Dari kiri : Ayah, Kak Liza, Mak Nyah, Mak Cik, Zati, Umi, Mak Yang, Kak Ina&Athirah, En Hubby, saya, Opah, Angah, Abah, Ammar, Atok, Emak kandung saya, Emak mertua, Adah&Ibu saya…


Saya pun bersalaman dgn ahli keluarga bakal husband yg sedang duduk-duduk di serambi masjid..Nervous seyyhh!!!.
Sebab semua mata tertumpu pada saya. Aduyai agak malu la..
Namun boleh cover lagi…

(~_~)



Ini wajah nervous saya bercampur excited..hihi…
(Tetap jeling..tp tak ingat jeling sapa..yg penting bukan jeling husb saya time tue)


Sejurus imam sampai, tetamu&pihak rombongan masuk mengambil tempat masing-masing. Bakal husband biasalah kena ambil site paling depan menghadap imam.


En Husband begitu asyik melihat imam yg sedang membacakan doa, zikir serta beberapa peraturan utk bakal suami&isteri..


Alhamdulillah imam ni langsung tidak menanyakan apa-apa soalan ‘cepu emas’ pun utk En Husband saya..
Maka

~SELAMAT~

Tq imam (^_^)






Dengan hanya sekali lafaz, status saya telah bertukar kepada isteri orang…
Selepas ini tanggungjawab mula bertambah, tugasan pun mula berubah & yg paling
penting perangai saya juga kenalah berubah…

~ Tak boleh nak malas-malas lagi macam dulu
~Tak boleh mengada-ngada lagi macam dulu
~Tak boleh nak harapkan semua pada emak macam dulu lagi
~Tak boleh bangun lewat macam dulu lagi (hihi…kantoi)
~Tak boleh tidur lepas solat maghrib&bangun untuk makan tengah malam macam dulu lagi (ish..ish..lg..dasyat…)


Yeah!


Saya kenalah lebih rajin..rajin..rajin..dan sgt..sgt..rajin..mulai sekarang!

Yeah! Semangat! Go-go Chaiyok!!!

(aduyai..jauhnya tersesat)

Ok..ok..kita kembali pada story asal..(macam kembali ke pangkal jalan tu..hihi..)



Ini Husband sayer… Dia sedang membacakan lafaz taklik..


Good good jer…(^_^)




Ini pula Wifee dia yang sangat sangat comel…hihi..

Comel jugak kan?
(macam muka mintak pelempang jer..he)


Adik sedang mengambil gambar kakak yang sangat comel hari itu…
(hari tu jer comel..hari-hari lain macam HAMPEH!!!)



Muka teruja gilerrr…




Selapas akad nikah, membaca lafaz taklik, doa&selawat ke atas nabi besar junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W, En Husband pun bersalaman dengan ahli-ahli keluarga terdekat…
lantas menunaikan solat sunat kesyukuran...
 tanda…

~Terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana telah menyempurnakan permintaan&permohonan kami
~Berharap majlis ini di berkati olehNya
~Kesyukuran infiniti di atas nikmat yang di berikan olehNya

…Amin…










♥♥♥


 
Sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggu..iaitu….


Saya menang besar hari tu…dapat duit bayak…


Dapat check lagi…




Dh la tu..dapat gelang emas pulak…memang menang habis la…
(Nampak tak perbezaan saya&dia? Saya terlalu besar sebab gembira banyak..En Husband kecil shj sebab gembira kurang banyak..hehe..)



Ini En Husband sedang pakaikan gelang yg sama..bukan gelang no. 2 ok…
Gelang no.2 boleh request kemudian..Teheee.. (^_^)


Lepas dapat semua tu kenalah salam&cium tangan Husband…


“Terima kasih Abang…”





Lepas 2… “Ehem..ehem..Abang cium dahi Sayang pulak yer..hihi”
(Sila tutup mata kepada mereka yg segan melihat adengan ini)
Mood : Gatal...
(^_^)



Sekian, Terima kasih….




Nanti!!!
Belum habis lagi la…
Ada lagi adengan lain…iaitu…










Ini shoot untuk kawasan luar masjid…Abg Fendi (selaku photographer sporting wedding kami) hendak shoot beberapa keping picture after nikah…
Ada banyak lagi sebenarnya…tp kat memory abg photographer tu…






So sweet…saya sangat suka melihat wajah kegembiraan ini..Bukan buat-buat ok..Tetapi ianya lahir dari hati yang tulus&ikhlas…



“Abang….
Syg akan cuba jadi isteri yg TERBAIK untuk abg…tolong ingatkan seandainya syg terlupa@terleka. Mungkin bayak lg yg perlu syg pelajari..tolong nasihatkan syg agar syg tidak jadi isteri yg lalai&derhaka..syg bukanlah insan sempurna, jadi tanggungjawab yg tergalas di bahu ini akan syg cuba sedaya upaya utk menyempurnakan hari2 kita selamanya…”





“Ya Allah….
Semoga engkau panjangkan umur kami, panjangkanlah jodoh kami, murahkan rezeki kami, dan berkatilah rezeki yg kami perolehi..
Kau jadikanlah kami suami isteri yg soleh&solehah, jadikan kami insan yg sentiasa mengingati diri Mu, melakukan perintah Mu serta meninggalkan larangan Mu.. Kau jadikanlah kami supaya tidak lalai&leka dgn nikmat yg kami perolehi&semoga kami sentiasa bersyukur dgn nikmat pemberianMu..
Amin Ya Rabbal Alamin….”


~ The End ~

1 ulasan: