Jumaat, 28 Oktober 2011

Drama Bersiri Filiphino Kegemaran Saya : Sanay Wala Nang Wakas


Assalammualaikum


Do you remember my last entry about kekecewaan Hanis tak dapat tengok my hot story Philipino suatu ketika dahulu 'Sanay Wala Nang Wakas'? Alah yang hero heroin yang glamours sangat dengan jolokan Encotin tu? Orait, today let me story cikit sedutan daripada Telemovie tersebut. Hopefully u all pun boleh fall in love for a socond time when u ar watching this telemovie.

Korang, cerita ni pernah disiarkan di Astro dan TV2 tau. Tapi masa tu Hanis masih study lagi. Kalau tak silap dalam tahun 2005-2006 cam gitulah. Dan ada 100 episod kesemuanya. Apa yang Hanis suka kalau citer Philipines ni tak macam cerita-cerita Indon yang sajer-sajer nak wat lambat-lambat but dorg ni straight to the point. Cam telus gitu..hehe... Pastu suka suara diaorang yang serak-serak basah dan kulit yang putih gebu tu...Bestnye...(sorry dah tersasar dari tajuk ni)...


SINOPSIS


Cerita ini mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan insan bernama Ara@Arabella Grace Garcia (lakonan Kristine Hermosa) bersama Kristian Soriano (lakonan Jericho Rosales). Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal sewaktu kali pertama bertentang mata dan beberapa insiden-insiden kecil telah membuatkan mereka bermusuhan. Namun takdir telah menyebelahi mereka apabila sekali lagi Ara bertemu Christian sewaktu beliau menjalani latihan pertama bekerja sebagai jurucakap pelancong di Pulau Corregidor.

Tragedi jatuh dari bot tersebut telah membawa mereka ke sebuah pulau terpencil di mana bermulanya destinasi percintaan mereka. Setelah diselamatkan selama beberapa hari terperangkap dari pulau tersebut, Ara dan Kristian memulakan hidup masing-masing di kota Manila. Kristian peneraju Swan Airlines dan pengarah bagi majalah Metro berasal dari golongan berada serta kaya, manakala Ara pula setelah ditinggalkan ibunya kira-kira 15 tahun yang lalu tinggal bersama nenek angkatnya iaitu Choleng serta ayahnya Anton yang menjalani hukuman di penjara.

 Hidup Ara dihiasi dengan suka dan duka turut ditemani rakan-rakan baiknya iaitu Shane dan Newton. Pertemuan demi pertemuan antara Ara dan Kristian telah menerbitkan bait-bait cinta antara mereka. Sikap romantis seta penyayang yang ada pada diri Christian telah membuka pintu hati Ara untuk menerima Christian sebagai kekasihnya. Bagi mereka, cinta yang agung ini tidak akan terpisah dan mereka percaya bahawa cinta suci ini akan tetap kekal abadi walaupun pelbagai halangan dan rintangan di dalam perhubungan mereka.

Namun konflik masa lampau akibat dosa-dosa silam ibu bapa mereka telah memisahkan hubungan percintaan dua insan ini. Ara yang mengetahui bahawa ayahnya yang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun adalah pembunuh kepada ibu bapa Kristian telah nekah memutuskan hubungan mereka. Namun rahsia ini terbongkar apabila nenek kepada Christian dan adiknya Rain iaitu Dona Veleria Velencia ( Gloria Ramero) mengkucar kacirkan keadaan dengan menuduh ibu kandung Ara iaitu Elizebeth@Yvette yang telah membunuh Emilio Soriano dan Rhodora Soriano pada malam dia ingin lari bersama Richard. DVV yang sememngnya berdendam kepada Elizabeth kerana anak kesayangannya iaitu Richard telah memilih Elizabeth perempuan sederhana dari kampung sebagai kekasihnya dan menolak Bettina gadis pilihan beliau.

 DVV merupakan bekas perempuan simpanan Nicanor Soriano iaitu datuk kepada Christian dan Rain melahirkan Richard dan tinggal bersama keluarga Soriano sanggup mengambil upah sebagai orang gaji keluarga tersebut kerana semata-mata ingin berada bersama Soriano. Namun luka menjadi lebih parah buat DVV apabila Soriano tidak meniktiraf beliau sebagai isteri dan tetap menyayangi isterinya sehingga ke akhir hayat beliau. Dengan itu DVV tekat untuk membalas dendam terhadap keluarga Soriano dengan mengadakan pelbagai rancangan dan tipu helah untuk menghancurkan Christian dan Arabella.

Setelah Elizabeth mengetahui bahawa Ara adalah anak kandungnya yang ditinggalkan selama 15 tahun, dia kembali bersama keluarga Ara, Choleng dan Anton dan tinggal bersama mereka. Namun kebahagiaan itu tidak lama kerana DVV mengadakan pelbagai rancangan untuk menghancurkan mereka sehinggalah mereka lari meninggalkan tempat tersebut.

Sewaktu di dalam perjalanan, keretapi yang membawa mereka telah mengalami kemalangan sehingga mengorbankan Choleng dan Anton, namun Ara dan Elizabeth telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang ketika itu bersama-sama menaiki keretapi tersebut iaitu Leo@Leonardo Madrigal III ( Diether Ocampo ). Leo telah menyembunyikan identiti Ara dan Elizabeth dari pengetahuan umum sehinggalah Christian, DVV dan rakan-rakan Ara menganggap mereka semua telah mati semasa kemalangan itu. Leo telah membawa Ara ke kediamannya dan memperkenalkan Ara bersama keluarganya. Datuk Leo iaitu Don Marcelo Madrigal telah terpikat pada Ara dan menganggap bahawa Ara adalah kekasih sebenar cucunya-Leo.

 Sementara Christian yang kecewa nekad untuk membunuh diri kerana beranggapan dia telah kehilangan segala-galanya akibat dari kematian Ara. Namun Christian telah diselamatkan oleh Marry Ann ( Angelika dela Cruz ) sewaktu beliau terjun ke dalam sungai. Tragedi  itu telah membawa Marry Ann dalam hidup Christian. Christian telah membawa Marry Ann bersama-sama adiknya untuk tinggal bersama beliau atas rasa terima kasih beliau kerana telah menyelamatkannya. Christian juga menganggap Marry Ann adalah umpama Ara kerana sikap sungguh-sungguhya dan minatnya terhadap sesuatu bidang yang diceburinya. Christian juga turut merealisasikan impian Marry Ann selama ini iaitu untuk menjadi penyanyi dan mempunyai album serta studio record sendiri.

Sesungguhnya kehadiran Marry Ann dalam hidup Christian dan Leo dalam hidup Arabella telah membawa sinar dalam kehidupan mereka. Namun hati mereka tetap merindui kenagan-kenangan manis sewaktu bersama-sama dahulu. Dapatkah Christian dan Arabella bertemu kembali? Dan dapatkan mereka menerima semula setelah hati dihancurkan sehingga ruang kosong itu telah terisi?


Watak utama : 

Jericho Rosales


Sebagai Christian Soriano-Seorang yang mewah dan berjaya dalam perniagaan dan hidupnya. Pertemuan dengan Arabella  telah mengubah persepsi dirinya terhadap wanita. Beliau mengetahui kebenaran dan saat kebahagiaan mereka punah setelah mengetahiu bahawa keluarga Arabella adalah apa yang didendaminya selama ini. Beliau hampir gila apabila mengetahui  Arabella telah mati dan bertindak untuk membunuh diri namun, Ara diselamatkan oleh orang lain yang terperangkap dalam sebuah kecelakaan kemalangan keretapi. Beliau kemudiannya bertemu dengan Mary Ann iaitu seorang wanita muda, berbakat cerah yang akan mengubah wawasan hidupnya tetapi bagaimana sekiranya Arabella kembali semula?

Kristien Hermosa


Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia-Seorang wanita muda yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya dan membesar bersama ayah dan nenek angkatnya. Mendapat pendidikan yang tinggi serta berhati luhur. Sanggup mengorbankan dirinya demi kebahagiaan ayah dan neneknya. Bartuah kerana bertemu dengan Kristian  yang menjadikan beliau kekasih sejati. Namun disebabkan salah faham, Kristian bertindak menghalau beliau dari hidupnya. Konflik menjadi lebih rumit lagi apabila Arabella bertemu kembali ibu kandungnya yang selama ini adalah ibu angkat Christian. Arabella kemudian bertemu dengan Leonardo yang berjaya mengubati lukanya bersama ketika Christian.

Diether Ocampo


Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III-Jejaka kacak dari keluarga kaya yang telah bertemu dengan Arabella. Beliau telah menyelamatkan Arabella dan ibunya semasa kecelakaan kemalangan keretapi dan menyembunyikan identiti Ara serta ibunya dari pengetahuan umum begitu juga Christian. Keikhlasan beliau bertukar menjadi cinta terhadap Ara lebih-lebih lagi apabila datuk beliau menganggap Ara adalah bakal isteri beliau. Namun Leo terpaksa memendam perasaan disebabkan Ara masih menyayangi Christian. Walaubagaimana pun Ara bertindak menerima cinta Leo disebabkan terhutang budi terhadap Leo walaupun hatinya masih mencintai Christian.


Angelika Dela Cruz


Angelika Dela Cruz sebagai Mary Ann Santos-Penyanyi wanita kelab malam di mana tempat Shane bekerja. Beliau merupakan seorang wanita yang berbakat besar dan bersungguh-sungguh di dalam hidup dan pekerjaannya. Beliaulah yang telah menyelamatkan Christian daripada membunuh diri akibat kehilangan Ara. Sejak dari itu beliau dan adiknya telah tinggal bersama-sama di rumah Christian. Disebabkan rasa terhutang budi, Christian telah merealisasikan impian beliau untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Bait-bait cinta antara mereka mulai berputik namun Christian tetap menganggap beliau hanyalah rakan baiknya kerana perasaan cintanya terhadap Ara masih utuh dan melihat diri Ara ada dalam diri Mary Ann. Mary Ann terpaksa akur kerana perbezaan darjat dan statusnya berasal dari dunia yang berbeza.


Minor cast and characters

Marvin Agustin sebagai Newton
Kaye Abad sebagai Shane Diwata
Gloria Romero sebagai Doña Valeria Valencia/ DVV
Joel Torre sebagai Anton Garcia
Cherry Pie Picache sebagai Elizabeth/Yvette Valencia
Desiree Del Valle sebagai Francine
Caridad Sanchez sebagai Choleng
Luis Alandy sebagai Ramon Madrigal
Gary Estrada sebagai Richard Valencia
Ilonah Jean sebagai Rhodora Soriano
Bong Regala sebagai Emilio Soriano
Bon Vibar sebagai Nicanor Soriano
Nina Ricci Alagao sebagai Bettina
Minnie Aguilar sebagai Shane's Mother
Ward Luarca sebagai Orly
Marithez Samson sebagai Lucy
Cholo Escaño sebagai Einstein
Crispin Pineda sebagai Orly
Serena Dalrymple as Rain Soriano
Julia Clarete sebagai Denise
Karlo Enriquez sebagai Young Nicanor
Troy Martino sebagai Shane's Father
Kimberly Diaz sebagai Einstein's Wife
Carla Humphries sebagai Christian's Secretary
Tin Arnaldo sebagai Young Valeria
Boy Abunda sebagai Himself
Karlina Bayot sebagai Socorro Soriano
Kris Aquino sebagai Herself
Roderick Paulate sebagai Truman
Suzette Ranillo sebagai Jake
Robby Mananquil sebagai Perry
Chinggoy Alonzo sebagai Don Marcelo Madrigal
Teresa Garcia
Khalila Aguiluz
Vangie Labalan
Errol Dionisio†
Efren Reyes Jr.


Soundtrack

Sana'y Wala Nang Wakas - performed by Sharon Cuneta
Maybe - performed by King
Alam Kong Di Ako, Okey Lang - performed by Angelika dela Cruz
Habang May Buhay - performed by Angelika dela Cruz
Bukas Na Lang Kita Mamahalin - performed by Angelika dela Cruz
I Believe in You and Me - performed by Angelika dela Cruz and Jericho Rosales
Looking through the Eyes of Love - performed by Angelika dela Cruz
Kung Ako Na Lang Sana - performed by Angelika dela Cruz
Special Memory - performed by Kaye Abad
You've Made Me Stronger - performed by Kaye Abad
Stop Think - performed by Kaye Abad

 

Production credits

Directions: Jerome Chavez-Pobocan and FM Reyes
Creative Manager: Ricardo Lee
Head Writer: Henry King Quitain
Episode Writers: Ma. Regina Amigo, Dindo Perez, Aileen Sempio-Viray, Francis Passion
Contributing Writers: Denise O'Hara, Mel Francis Santos, Jarell Serencio
Executive Producers: Des de Guzman, Charo Santos-Concio, and Malou Santos
Supervising Producer: Anna Goma
Assistant Director: Aljon Albina

 

 Yang menariknya

•Tema asal untuk siri ini adalah versi Jessa Zaragoza "Sana'y wala Nang Wakas" dari album kedamaian Na ilang Umaga. Ia akhirnya digantikan dengan rakaman semula Sharon Cuneta asal, dilakukan juga oleh penyanyi asal Cuneta Sharon dan digunakan kedua-dua Sejarah Siri televisyen.
Dua majlis perkahwinan ditembak sebagai finale untuk siri ini, salah satu dengan Ara dan Kristian dan satu lagi dengan Ara dan Leo.
penonton membuat keputusan yang berakhir akan ke udara melalui mesej teks, pertama dalam sejarah televisyen dunia.
Channel penonton Filipina di luar negara membuat keputusan yang berakhir akan ke udara melalui pengundian secara online di laman web ABS-CBN.
Selepas perkahwinan Kristian dan Ara disiarkan sebagai finale rasmi siri ini, perkahwinan Leo dan Ara itu juga disiarkan pada petang harinya sebagai TV khas.
• Ini adalah projek kembali pelakon Angelika dela Cruz ABS-CBN selepas dengan GMA 7 sekian lama.


Sekian, Thanks For Reading


2 ulasan:

  1. Sekarang drama tagalog ini sedang disiarkan di TV3.. Alhamdulillah dapat kenal dengan pelakon2 drama ni yg sangat berbakat.. Love this storyline so much!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tlg rakam tak??.. Sbb saya keje,, nnti saya upah awak

      Padam