Assalammualaikum
Entry kali ni nak touching-touching cikit. Hopefully uols sediakan tisu sekotak dua bila baca entry ni hokkeh. Nak rembat tisu jamban kat opis uols pun boleh jgk. ^_^
Semalam, saya terlihat gambar sepupu suami dengan emak dia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi dia akan melangsungkan perkahwinan. Mungkin gambar terakhir bersama ibunya sebelum dia melangkah ke alam baru. Sungguh terharu. Tiba-tiba teringat kat mak saya dirumah. Entah apalah agaknya mak buat sekarang kan?
Berbalik pada cerita asal...Kemuadian saya pun komenlah kat picture tu cam ni...
"Tgk gambar ni teringat mak
akk...ms wedding, akk x sedih lgsung pn..nikah pn sm.rs happy jer sbb
ramai org raikan kita kot..pas kawen pn rasa biasa2 jer sbb still lg
tinggal serumah dgn mak.tp pas duduk umah sndr dgn husb hari2 n tiap2
mlm nangis teringatkan mak..masa tulah rindu sgt2 kat mak n teringat
pengorbanan die. time2 nilah kita nak manja2 dgn mak kite..so, hargailah
peluang yg ada.. :)"
Sebenarnya apa yang saya tulis tu adalah hakikat sebenar yg terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kata orang bercakap berdasarkan pengalaman adalah kata-kata peransang dan nasihat paling terbaik dalam kehidupan. Kalau hari ini kita dari seorang bayi, kanak-kanak, remaja dan kemudian dewasa. Mungkin kita tidak sedar betapa besarnya pengorbanan emak kita. Segala kelengkapan termasuk makan dan pakai semua diuruskan oleh emak. Even dah kahwin pun kalau kita still tinggal dengan emak dan ayah kita, sedikit sebanyak tanggungjawab tu semua disediakan oleh mereka.
Tetapi, apabila telah berkahwin dan berpindah dari rumah emak dan ayah ke rumah kita bersama suami semua tanggungjawab tu tergalas oleh bahu kita sendiri. Hendak atau tidak kena buat juga. Sempat atau tidak tetap kena laksanakan juga. Bunyinya nampak senang kan..."Alah sekadar masak, basuh baju, kemas rumah, senang saja. Masa study dulu pun duduk kat asrama berjauhan dari family dah biasa buat dah."
Memang macam kacang goreng je semua tu. Tapi...sebagai contoh saya coretkan di sini...
1. Toilet rumah kotorlah, berlumut...selalu sape ntah yg cucikan. Tahu-tahu saja memang dah bersih.
2. Laparnya. Bukak peti sejuk tak ada apa-apa pun. Kalau kat rumah mak dan abah bukak periuk je dah ada nasi. Bawah tudung saji dah ada paling kurang pun 3 jenis lauk.
3. Tiap-tiap hari kena masak lak tu. Kalau tak masak nak makan ape? Takkan hari-hari fastfood. Perut ni dah kebal dah. Kalau kat rumah mak abah ni sekali sekala je masak. Tu pun kira bertuah lah!.
4. Banyaknya baju tak lipat lagi ni. Mana baju ni? Mana seluar? Aduhhh...stokin hubby tak jumpa pulak time-time camni. Dalam mesin basuh lagi ke? Kalau kat rumah mak dan abah semua dah sedia. Balik kerja je kain baju dah tersusun atas katil. Mudah kan?
5. Lepas basuh baju ni nak sidai pulak. Arghhh! malasnya. Kalau dulu kat rumah mak ayah tak perlu pikir pun pasal ni semua.
6. Sunyinya...suami balik lewat pulak malam ni. Tinggal sesorang dan mengadap TV ajelah. Kalau kat rumah mak kan seronok. Dulu memang asyik bertekak jelah dangan adik beradik.
Sebelum kahwin memang saya tak pernah terpikir pun semua ni. Apa yang saya katakan ni adalah berdasarkan pengalaman saya. Awal-awal perkahwinan (dalam tempoh 3 bulan) saya dan suami masih tinggal dengan keluarga saya. Masa tu belum cari rumah sewa lagi. Tapi mengenangkan suami yang penat berulang alik hari-hari ke tempat kerja yang jauh, maka terpaksa jugalah kami mencari rumah lain untuk berdua.
Saya tahu, hati Mak begitu sayu sama seperti abah juga untuk melepaskan kami keluar dari rumah itu. Berulang kali mereka kata supaya tinggal lebih lama lagi dalam setahun dua di situ. Tapi apa kan daya, saya sudah menjadi hak orang. Saya kena ikut perintah suami. Di mana suami, di situlah saya. Syurga saya terletak di kaki beliau. Namun syurga saya di dalam hati tetap di telapak kaki mak :(
Maka berlinanglah air mata tiap-tiap hari dan malam mengenangkan mak, abah dan adik-adik yang jauh di sana. Sebenarnya tidaklah sejauh mana pun. Kalau saya sendiri nak drive balik ke rumah mereka tak sampai satu jam pun. Tapi tak tahu kenapa di awal-awal perpisahan tu hati saya begitu sayu dan sedih bila teringatkan mereka. Mungkin juga saya dah biasa bersama keluarga sejak kecil, sejak dibangku sekolah dan sejak bekerja memang tidak pernah berenggang dengan keluarga. Jangankan kena marah dengan suami, kena tegur sikit pun saya dah mampu menangis tersedu-sedu.
Setiap hari saya panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga diselamatkanlah orang-orang yang saya sayang terutamanya emak. Setiap kali lepas solat saya tak lupa mendoakan kesejahteraan mereka termasuk suami. Mesti saya nak menangis juga. Baru kini saya sedar kenapa mak pernah menangis di sebabkan saya melawan cakapnya dulu. Hati saya menjadi terlalu sensitif bila teringatkan mak.
Saya masih ingat saat mula-mula bersekolah dia asrama (Teknik Klang) dahulu. Emaklah antara orang yang paling sibuk menguruskan keperluan saya di asrama. Emak juga terpaksa mengeluarkan duit simpananya dan berhabisan membantu abah membayar yuran serta keperluan sekolah dan asrama saya. Sekali lagi air mata saya mengalir tatkala tinggal di asrama. Jika pagi-pagi sebelum ke sekolah wajib salam dan cium tgn emak. Tapi bila di asrama tgn sapa pula yang saya nak cium?. Perkara ni semua membuatkan saya bertambah sedih. Tapi lama kelamaan saya dah terbiasa dgn keadaan begini. Semasa hari pertama di asrama memang menyeronokkan sebab pengalaman baru dengan suasana dan kawan-kawan baru.
Hari ke dua sebelah malam (sewaktu masih orientasi) pula mak dan abah datang. Saya lihat mata mak merah dan ada kaca jernih di matanya. Mungkin disebabkan mak banyak menagis. Abah kata mak tak boleh tidur dan tak berselera makan teringatkan saya di asrama. Sampai begitu sekali hati seorang ibu. Mak bawa makanan kegemaran saya sate. Mungkin mak pikir di asrama saya tak dapat makan makanan tu semua. Mak juga bawakan sterika baju sebab saya tak ada sterika masa mula-mula datang asrama. Saya tanya "Habis kat rumah nak sterika baju cam mana?" Mak kata " Tak apa. Mak dah gosok baju sekolah adik-adik untuk seminggu" Sampai cam tu sekali keperihatinan mak terhadap saya. Di dalam hati saya terlalu sedih melihatkan pengorbanan emak...
Bila melihat keadaan mak begitu, hati saya bertambah sedih. Tapi saya tak tunjuk kesedihan di hadapan mereka. Saya tak nak mengharukan lagi keadaan. Saya tak nak buat mak susah hati melihatkan keadaan saya. Saya nak mak lihat saya bahagia dan gembira sahaja di sini bersama rakan-rakan agar mak pun tak sedih-sedih mengenangkan saya lagi. Walaupun hakikatnya saya nak meraung sama di situ, tapi saya egokan diri. Sabar ye mak. Saya pun nak kejar cita-cita, maka setiap apa yang kita ingini tu perlukan pengorbanan, perlukan kesabaran dan perlukan sedikit kesusahan di awalnya. Kerana akhirnya kebahagiaan dan kesenangan itu akan tetap menanti setelah kita melalui setiap kesusahan dan kepahitan.
Begitu juga keadaan semasa saya melanjutkan pelajaran ke IPT di Johor Baharu. Pada awalnya saya mengalami demam teruk mugkin sebab berjauhan dari keluarga. Mujur ada ramai saudara mara (sebelah abah) di sana. Mula-mula memang sedih sangat. Tercampak sorang-sorang jauh pula tu dari keluarga. Beratus batu. Tapi Alhamdulillah saya dah terbiasa. Dah tak nangis-nangis lagi macam semasa di sekolah dulu. Ops! terkeluar topik pula ^_^. Berbalik pada mak. Mak juga berhabisan duit simpanannya untuk menyediakan keperluan saya. Walaupun tak nampak, tetapi sesekali bila saya balik ke rumah mak akan beli setiap apa yang saya perlukan, mak masak dan sediakan setiap apa yang saya hendak makan. Baru cakap, semua dah terhidang masa tu jugak. Betapa besarnya pengorbanan mak. Tak terungkap oleh kata-kata.
Semasa saya ingin melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, mak juga yang menemani setiap kali saya hendak membeli keperluan seperti hantaran, menempah baju, pelamin, khemah, katering dan macam-macam lagi. Tak pernah sekali pun mak menolak atau mengeluh tatkala mengajak menemani saya ke sana dan ke mari. Yang pastinya maklah tulang belakang saya sehinggakan majlis-majlis ini selesai. Tak dapat saya bayangkan kalau mak tiada, mungkinkah saya dapat laksanakan semua ini dengan sempurna?
Saya pikir pengorbanan emak terhenti apabila saya tidak lagi di bawah tanggungjawabnya. Rupanya saya silap. Walaupun saya telah menjadi hak orang lain, namun mak tetap berkorban untuk saya. Saya masih ingat sewaktu saya hendak berpindah ke rumah sendiri dulu. Mak sedih...tapi dalam kesedihannya dia sempat membeli barang-barang keperluan rumah saya seperti kuali, tikar getah, makanan dan macam-macam lagi. Segala apa yang tak lengkap semua dia belikan. Mungkin, walaupun saya bukan lagi di bawah tanggungjawabnya dia tetap ingin lihat saya sesempurna seperti di bawah jagaannya dulu. Dia tak nak tengok saya kekurangan walau sedikit pun.
Masa baru-baru pindah dulu, mak demam mungkin sebab rindukan saya. Yelah hari-hari wajah saya di rumah tu. Tapi kini saya tiada lagi. Saya hanya dapat cium tangan dan pipi mak seminggu sekali sahaja itupun kalau saya balik ke rumah mereka. Kalau tak tiap-tiap pagi sekarang kena salam dan cium tangan suami sajelah sebagai pengganti emak.
Begitu besar sekali pengorbanan mak. Tak terbalas saya dengan wang ringgit. Tak
ternilai dengan sejuta wang akan kasih sayang yang dicurahkan. Tak terhingga
peluh dan darah yang mengalir sewaktu melahirkan saya. Tak terbayar akan air susu yang mengalir untuk mengenyangkan perut saya dan tak terkira air mata yang tumpah sewaktu membesarkan saya agar menjadi insan yang beguna. Sesungguhnya saya amat-amat menyayangi mak. Susah dan senang mak tetap di samping saya. Kalau saya ada anak nanti saya juga akan curahkan kasih sayang dan pengorbanan sama seperti yang emak lakukan. Saya juga akan didik mereka sesempurna yang mampu seperti yang mak lakukan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya
janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.
Jika seorang di antara kedua-duanya sudah tua atau kedua-duanya sekali,
janganlah kamu katakan ‘cis’ kepada mereka dan janganlah kamu herdik
kedua-duanya serta ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut).”
(Surah al-Israak ayat 23).
Semoga mak dipanjangkan umur, diberkati sepanjang hayat dan diberikan kesihatan seumur hidupnya. Akhir sekali sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Semua harta dan kekayaan di dunia ni kalau hilang kita boleh cari. Tetapi ibu bapa hanya ada satu sahaja di dalam dunia ni sepanjang hidup kita. Oleh itu jangan sia-siakan mereka. Hargailah harta yang amat bernilai yang Allah kurniakan kepada kita. Janganlah jadi seperti si Tanggang moden yang menderhakai ibu bapanya. Ingatlah, tanpa mereka kitapun mungkin tiada di dunia ni. Semoga mak dan abah sihat dan hidup diberkati dunia dan akhirat. Amin...
Lot's of LOVE Mum!
and
me To be InshaAllah
^_^
uwaaaa!!!sedih sgt2...sgt2 bruntung k.hanis dpt mak yg baek mcm Puan Halizah...sy pon kekadang jeles ngn kmesraan kalian...btl tu k.hanis kasih cyg seorg mak tiada galang gntinye....tu lh harta paling bharga..mcm sy da xd mak tok kongsi sdih,suke,duka dan bhgia hargailh ksih cyg yg mak pnh bg kt k.hanis..huu sdiiihhhh sgt!!sedu x abis lg nie..hiiik thankz share nie miss sgt my mum
BalasPadamKak .... sedihnye entry nie :( memang la kak xsama tau da kawen nie...dulu sebelum kawen sume mak yg buat tp kita xpernah sedar tentang hal tu kan kak..bila da ade suami dan duduk asing dr family sendiri ni baru laa rase sayu jer rase :(..
BalasPadamThanks uols sbb sudy baca. Alah ntah apa2 yg akk tulis pun. Tapi secara jujurnya memang masa tulis entry ni air mata akk pun turut sama berjurai. Sayakan mmg cepat touchings..hi
BalasPadam