Assalammualaikum
Siapa yg kata bertunang
tiada dugaan? Sila angkat tgn. Mari saya gigit-gigit pipi dia. Grrrr…^_^
Bagi saya bertunanglah alam yang penuh dengan dugaan, ranjau
dan liku. Sebab itulah org tua-tua selalu berpesan bertunang tu darah
manis. Kenapa manis ye? Memang betul-betul darah dia manis kew? Bukan begitu,
manis lebih menjurus kepada sedap, enak dan lazat kan ? Maknanya orang yang sedang bertunang
sedap digoda, enak dihasut dan lazat bila mendengar bisikan syaitan. Syaitan ni
memang suka dan gembira sangat-sangat kalau kita ni melakukan benda-benda tak
elok lagi-lagi dengan tunang. Konon cam tiket dah nak jadi suami isterilah.
Tapi dah terang lagi bersuluh mmg korg belum SAH pun!
Masa nilah syaitan nak goda kita untuk sentiasa berselisih
faham dgn tunang, bergaduh, maki hamun dan sebagainya sehinggakan ada yg
kecundang putus ditengah jalan. Kalau iman tak kuat alamatnya memang setakat tu
ajelah perhubungan. Belum dikira lagi belanja utk kenduri bertunang hari tu je habis
sampai beribu riban belum termasuk beli cincin dsb. Syaitan ni tak suka kalau
anak Nabi Adam ni mendirikan rumah tangga. Ialah, kahwinkan menghalalkan
sesuatu perhubungan. Mestilah dia benci kalau kita berkahwin. Sebab itu syaitan
akan sedaya upaya menghasut agar kita menjauhi pernikahan dan melakukan zina.
Nauzubillahminzalik!
Kalau dulu, tak ada siapapun nak pandang muka comot
kita&pakwe kita tu. Tapi bila dah bertunang masa nilah ex girl dan ex boy
datang sms dan call kita balik. Lagi satu, kalau dulu brother kat tempat keja
kita tu pandang selumber dan borak biasa-biasa je dgn dia. Tapi bila dah
bertunang tiba-tiba pula dia selalu call kita sampai lewat-lewat malam. Bila di
opis rasa cam lain macam dengan dia. Masa ni pulak la dia nak meluahkan
perasaan dan kensunyian dia kepada kita. Ermmm…inilah sebenarnya dugaan
bertunang.
Jadi,utk mengelak drpd sesuatu perkara buruk terjadi kita
hendaklah sentiasa berdoa kpd Allah semoga dipermudahkan urusan kita. Semoga
Allah melindungi dan memberkati hubungan kita sebagai pasangan bertunang. Saya
masih teringat semasa bertunang dahulu, memang byk sangat dugaan yang terpaksa
kami tempuhi. Maka, berbakul-bakullah air mata yang berderai. Kalau ada yang
kata tak bertunang pun dah hadapi pelbagai dugaan yg memeritkan, sebenarnya
bertunang lebih perit dugaannya dari waktu bercinta. Percayalah. Jgn pula bila
saya tulis entry ini anda semua tak jadi bertunang. Bertunanglah…rugi tak ada
pengalaman nanti. Even, bila org bercerita pasal tunang sekurang-kurangnya kita
ada pengalaman sendiri. Betulkan?
Kenapa pula ada sesetengah org mengelak untuk bertunang?
Konon takut putus ditengah jalanlah. Walhal, kalau Allah nak beri ujian dia
bukan jodoh kita, saat-saat dia hampir jadi suami pun tak jadi juga. Ingat,
dugaan tu ada dimana-mana. Yang penting sabar, ikhlas dan sentiasa memohon
petunjuk dari yang Maha Esa.
Sekian,
Pesanan ikhlas ini dari : hanisbarbiedoll.blogspots.com
^_^
This is my engagement day on 12/12/09 with theme Green Apple
and Pink Roses
TQ…Sayang awak semua!
TERIMA KASIH HAFIZAH. Saya Ridzie dari Singapore. Awak membuka hati saya dan membuat saya faham tentang bertunang, Saya baru bertunang 2 bulan hingga hari ini...saat2 ini saya sedang hadapi masal dgn tunang saya. terima kasih saya nak ucapkan. sekian terima kasih.
BalasPadammaaf, bahasa melayu saya tidak berapa bagus
wasalam
Ridzie