Selasa, 8 Oktober 2013

Preparation For New Baby And Happy 3rd Trimister


Assalammualaikum. w.b.t



 
Yuhuuu...lamanya tak update blog. Rindu pulak nak membebel di blog sendiri. Hehehe... Banyak sangat perkara nak cerita dan share dgn uols semua. Tapi tak tau nak start dari mana. Actually jadual weekend sekarang memang busy je memanjang. Mayb selagi belum bersalin, ada ajelah aktiviti yg nak dibuat setiap minggu. Nak pergi situlah, sinilah, nak buat itulah, inilah. Kalau duduk rumah pun otak ni ligat je mencari idea nak buat apa expecially untuk baby tersayang. Hehehe...

First sekali nak cerita tentang persediaan dan segala kelengkapan untuk anak di dalam kandungan. Syukur Alhamdulillah...start dari 26weeks lagi Hanis dah mula memborong barangan kelengkapan bayi sedikit demi sedikit. Dan tak sampai masa sebulan dah complete keseluruhannya walaupun tak almost 100%, tapi kalau nak dikira dalam 95% tu dah readylah. Start dari pakaian, bantal, tilam, set mandian, breast pump, botol susu, sampaikan beg dan keperluan bayi untuk ke hospital pun Hanis dah preapare dalam kereta siap-siap. Almost ready! Tinggal tunggu anak keluar je. Hehehe...

Teringat masa mula-mula beli baju anak dulu. Masa tu kebetulan Hanis pergi ke Jualan Aidilfitri di Perbadanan Putrajaya. Bulan puasa tau. Gigih minta adik hantarkan dan pergi dgn bakal adik ipar. Mula-mula pegang-pegang je baju-baju baby dekat situ. Tak decide langsung nak beli sebab masa tu pun usia kandungan baru mencecah 6 bulan setengah. Takut mak dan asben marah pulak.
Lagipun theyols kata bila dah masuk 7 atau 8 bulan nanti baru beli. Yg penting sediakan aje duitnye. Yes, rezeki anak tu memang ada. Memang Hanis dah simpan duit awal-awal.


Masa pegang-pegang baju di booth baby tu Hanis borak-borak dengan sorang akak ni, sama-sama pembeli dekat situ. Nampak excited sangat akak tu pilih baju anak dia. Dia borong banyak baju dan seluar buat basahan jenis yg lubang-lubang tu. Hanis pun tanyalah "murah ke ni kak?". Akak tu pu jawab "Murah...". Then, start weols borak-borak. Akak tu tanya dah berapa bulan kandungan Hanis skrg dan dia kata time-time cam ni dah boleh start beli barang-barang baby dah. Sebab kalau perut dah besar sangat nanti tak larat dah nak berjalan. Oooo...betul jugak kan?

So, bila dah dapat support dari akak tu Hanis pun terus pilih-pilih baju dekat situ. Dapatlah sepasang baju l/s newborn baby, seluar, 2 helai topi, sepasang mitten dan botties. Excited sangat sampai pilih semuanya sedondon. Masa ni first time beli baju baby. Perasaan tu macam tak percaya, eh eh dah nak ada anak rupanya aku. Rasa terharu, excited, gembira, sedih semua ada. Hek eleh, beli baju baby pun aku nak sedih-sedih, dah kenapa??? Perasaan mak-mak sangat. Hahaha...

Balik rumah cerita dekat asben dan mak. Takut-takut juga mula-mula tu. Takut diorg marah. Rupanya mak dan asben tak kisah. Theyols bagi green light! Yuhuuu!!! Hehehe...since dari tu teruslah memborong barang baby je bila keluar. Siriusly, shopping barang baby ni aura dia semacam sikit. Even barang tu dah ada pun still nak beli dan beli lagi. Sebab comel-comel dan kiut sgt. And now, sampai terlebih-lebih pulak dari jangkaan. Hehehe... So, bila dikumpul-kumpul semuanya dapatlah banyak ni...

Kantoi dah warna pink paling banyak dalam pic. Rasa-rasanya uols pun dah boleh teka gander baby kan?


Dengan sukarelanya Hanis introduce serba sedikit tentang barangan baby yg Hanis beli ni dekat mana untuk information uols ye. Hehe...


Antara barang-barang yg penting untuk menyambut ahli baru dalam family. Tapi ada juga yg tak berapa penting sgt, just suka-suka beli sebab omey sgt itew nengok. Huehue...


Baju long/short sleeve, seluar long/short, :
Beli banyak tempat antaranya Parkson Alamanda, Mydin, Aeon dan pasaraya-pasaraya lain.
Patutnya 10 pasang dah cukup. Tapi Hanis terbeli sampai 22 pasang. Biasalah dpt mak yg rambang mata dan boros. Heee...

Rompers, lengging&busha :
Beli masa pergi shopping barang baby dgn keluarga mertua di Mydin USJ. Ada satu kedai baju baby dekat situ, Littlecutie. Terus borong sampai 6 helai sebab murah-murah.

Mitten&botties :
Sama juga dengan baju. Beli di Parkson Alamanda, Mydin, Aeon dan pasaraya-parsaraya lain. Hanis beli ikut warna dan corak baju baby. Saje nak baby pakai sedondon nanti. Heee...

3D sock :
Beli banyak tempat. Ada dekat One Baby World, Parents And Kids Expo, Mydin dan ada juga dekat uptown. Asal jumpa yg cantik-cantik je terus rembat. Hehe...

Botol susu :
Hanis memang prefer nak guna brand Avent. Kebetulan masa di Alamanda ada promotion untuk new set. Terus rembat 2 botol.

Breast pump, cooler bag, ice pack :
Beli di One Baby World Shah Alam. Untuk breast pump pun Hanis beli brand Avent yg manual. Itupun atas serveyer pada kawan-kawan yg dah banyak pengalaman. Masa ni ada promotion dapat free give botol susu avent new brand. Dalam set breast pump tu pun memang dah ada satu lagi botol susu. So, totally Hanis dah ada 4 botol susu. Maybe, bila dah consider nak bagi anak bf secara ekskusif nanti boleh la beli brand Medela fs pulak kan? Kena tengok dulu keupayaan diri, taknak membazir plak nanti beli yg mahal-mahal terus. Cooler bag dan ice pack tu pun Hanis beli siap-siap senang nak guna utk simpan ebm bila keluar atau dah kerja nanti.

Breast pad :
Beli brand Avent di Aeon Equine, Seri Kembangan.

Pencuci pakaian kanak-kanak :
Beli dekat Cosway. Lembut dan wangi :)

Diapers :
Beli yg newborn. Total dah ada dekat 100keping. Takpe, baby baru lahir memang kuat popo dan pipie kan?

Bantal peluk/kepala :
Kakak ipar bagi sebab anak dia punya yg dulu elok lagi. Jimat, tak payah beli dah. Hanis just tempah sarung baru je di fb Amirah Najwa Sharifuddin. Cantik tau.

Headband baby :
Haa...yg ni memang Hanis gatal-gatal tangan dok beli online di Oh Baby Girl Boutique. Sebab cantik-cantik dan headband paling murah yg pernah Hanis jumpa di abad ini. Belum confirm gender baby pun dah beli. Nasib lahai anak kalau yg keluar boboboi. Simpan utk adik kamu pula nanti ye. Erk??? Hahaha...

 
*Yg tiada dalam gambar*
 
Baby tube :
My mom sponser. Beli dekat kedai je. Lebih murah dan cantik.
 
Barangan penjagaan baby :
Brand Anakku. Asben belikan di Parkson Alamanda. Tapi Hanis decide nak beli brand Buds juga nanti sebab ia bahan organic dan tiada peraben.
 
Diapers bag, breastfeed pillow, tuala mandi :
Hanis beli di Parents And Kids Expo, Klcc tempoh hari. Sebelum ni pun dah beli 2 helai towel brand pureen juga di Mydin USJ.


* * *


Bila dah masuk 3rd trimester ni Hanis mmg aktif dan banyak berjalan. Semangat nak keluar tu berkobar-kobar mcm org sihat je padahal bila dah terlebih aktif sikit mulalah sakit kaki lah, sakit pingganglah, sakit pada bekas operate lamalah dan bermacam-macam lagi penyakit timbul. Kadang-kadang mak dan asben bising kalau Hanis tak rehat langsung. Duduk rumah pun ada je perkara yg nak dibuat. Nak berkemas rumahlah, nak basuh toiletlah, nak menvakum habuklah, siap hari tu memanjat-manjat lagi sebab nak tukar langsir. Tak pasal-pasal dapat pakej kena marah dgn asben. Terus dia hantar bercuti ke rumah mak every weeks. Hahaha...padan muka aku!

Even asben tak ada time weekend pun Hanis tetap ajak mak, abah atau adik beradik keluar. Sejak pregnant memang tak berani dah nak drive sendiri. Tapi asben kata bila dah lepas pantang nanti Hanis kena belajar balik bawak kereta sendiri. Huhuhu...sekarang seronok laa pergi mana-mana je ada driver tolong bawakkan.

Org kata bila dah last-last during pregnantcy ni mmg kena banyak berjalan dan bergerak aktifkan? Supaya senang nak bersalin nanti. Harap-harap mcm tulah. Semoga Allah mempermudahkan segalanya nanti. Amin... So, nak tunjuk sedikit sorotan aktiviti-aktiviti Hanis spnjg 3rd trimester ni.


Sopping baju n barang baby di Mydin USJ. Mak mertua belanja. Huhu..Thanks mak...

25 Ogos 2013
Sempat lagi attend wedding bff dan ke One Baby World Shah Alam.

1 Sept 2013
Going to Parents And Kids Expo KLCC

21 Sept 2013
Jalan-jalan ke Mines Shopping Center sambil-sambil window shopping barangan baby lagi :)

Dua minggu berturut-turut ke Ikea Damansara. Nak tau kiteorg cari apa dekat sini, In Sha Allah Hanis update kemudian k.

Dada...salam sayang.


* * *


p/s : Now 36weeks my journey pregnantcy . Oh, seakan tak percaya dah 9 bulan kendong budak comel dalam perut ni. "Terima kasih anak kerana sudi menjadi peneman setia Ummi selama kamu berada di dalam rahim ini. Alhamdulillah, perjalanan hidup yg terlalu indah. Walaupun terasa agak sukar sekarang, terasa sakit, terasa tak selesa, terasa semakin XXL (hehehe...) namun semua tu hilang bila tau yg kamu semakin membesar, sihat dan bergerak aktif di dalam tu. Tinggal beberapa minggu je lagi utk kita bertemu. Tak sabar Ummi dan Abah nak say 'Assalammualaikum' yg pertama buatmu duhai permata hati..."


dan yg paling penting sekali...


TERIMA KASIH ALLAH
(touching)

...
 

4 ulasan:

  1. kak anis ! tak sabar nk tengok baby kak anis :)
    ida yg bace pulak rase excited. hehe..
    ape pon, ida wish all the best and mudahan dpermudahkn urusan nti yer ! insyaALLAH
    love you kak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..tq dear...akak ni lagilah rasa x sabar ditambah dgn nervousss..huh!
      doakan semua berjalan dgn lancar dan selamat ye... :)

      Padam
  2. yeay Isyraf nk dapat kawan da! cepat la keluar....n gender mcm tau jer....hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..umi, harap2 betullah ape yg doktor kata..kalo kuar boboboi pun ktorg suke. terpaksalah simpan koleksi pink yg ada utk thn depan?erk???hehe...
      yeah2, isyraf nk dapat adik sdara nanti...hehe...

      Padam