Khamis, 28 Februari 2013

Betulkah???


Assalammualaikum.



Betulkah?
semacam tak percaya































Betulkah??
semacam tak percaya kuasa dua































Betulkah? Kah? Kah? Kah!!!!
(semacam tak percaya sehinggakan ketawa terbahak-bahak. Maknanya teruja letew!!! hehehe...)


Sebenarnya apa yg betulkah?


Betulkah dia nak datang Malaysia?


Dia nak buat apa di sini? Nak jumpa siapa? What? Bella? Bella mana ni? Bella anak siapa?
(siap tanya anak siapa macam orghang kampong. tetibe)


Dia nak datang bila? Oh untunglah si Bellaaaa!!! Bla...bla...bla...wth!


-_-


Dah tahu saje-saje buat-buat tanya kan? Lempang kang! Ok bai. Sebenarnya just nak story yg abg kiter. Eh! silap. Abg kepada semua peminat-peminat Jericho Rosales nak datang Malaysia kau! Hahaha...mengigaulah kalau dapat bergambar. Bergambar sahaja okeh! Salam peluk cium mesra tidak dibenarkan kerana, dia bukan muhrim kita. Yeah!!! psstt itupun nak teruja.


Bila?


1 Mac 2013 ni bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, jam 5:00ptg. Saje je kau buat hari Jumaat kan? Sebab kalau time weekend mesti runtuh KL Sentral tu ( 4 ur information : Hotel Hilton KL terletak di KL Sentral)


Kenapa dia datang sini?


Mestilah nak jumpa aku. Eh, silap! Sempena ulangtahun Astro Bella yg pertama. Kalau uols pelanggan Pakej Mustika dan Astro Bella serta peminat cerita-cerita telenovela tahu lah. Yg peminat-peminat k-pop dan korea sila duduk rumah diam-diam sambil makan pop-corn ye. Korang tunggulah Kim Hyun Joong atau Top Bing Bang datang Malaysia pulak nanti. Hehe...


p/s : Pergi jumpa Jericho Rosales dalam mimpi ajelah jawapannya. Hanis bukan suka sangat aktiviti luar dan berasak-asak dengan org ramai ni. Tapi tak mustahil mana tahu tetiba tergerak hati pula nak pergi dengan Kak Aishah. Jangan sampai lupa diri dan terlompat-lompat mcm monyet sudah. Oh no! Itu tidak mencerminkan keperibadian muslimah sejati. Hehe.





Jericho Rosales mahal kitak!!! 
Tetiba pulak nak speaking Tagalog. Hahaha...



Khamis, 21 Februari 2013

Ya Allah, Lebih Besar Dugaan Dia.


Assalammualaikum.


Baru-baru ni saya mendapat khabar sedih daripada seorang kenalan. Rasanya tak perlulah saya mention siapakah gerangan orangnya. Cukuplah sekadar buat tatapan dan pengajaran kepada kita semua. Seiring dengan pemergian adik Ahmad Adam Syukri ke rahmatullah pada tanggal 7 Februari yg lalu, begitulah juga pengalaman yg dilalui oleh rakan saya suami isteri baru-baru ini.

Berat mata kami memandang, bahkan berat lagi bahu yg dipikul oleh kedua pasangan empunya diri. Kalau nak dikatakan mungkin saya juga pernah mengalami kehilangan insan tersayang yg baru beberapa hari bernafas di dalam rahim ini pada awal tahun lepas. Masih terbayang-bayang akan saat kegembiraan itu dan alat upt test yg menunjukkan tanda positif masih tersemat erat dalam simpan buat kenangan kami berdua. Namun, kuasa Allah membatasi segala-galanya. Kami redha.

Syukur Alhamdulillah, walaupun saya diberi pelbagai dugaan hebat selepas itu, sehingga terpaksa menggadaikan nyawa di bilik bedah, tapi jika nak dibandingkan dengan penderitaan yg dialami oleh rakan kami ini rasanya lebih besar dan lebih hebat dugaan yg Allah berikan kepada mereka. Bergenang air mata tatkala membaca coretan si suami di laman FB. Penantian mereka selama 8 tahun lebih berumah tangga dan baru kini dikurniakan seorang zuriat. Yg pastinya tiada apa yg lebih menggembirakan bagi mereka melainkan menanti kelahiran cahaya mata sulong ke muka bumi ini.

Namun, benarlah Allah itu Maha Mengetahui. Dia yg berhak menentukan segala-gala apa yg dikehendakiNya. Bayi yg dilahirkan pergi jua menghadap Illahi akibat kekurangan oksigen dalam badan selepas ditempatkan di wad icu selama tiga hari. Innalillahiwaiinalillahirojiun. Dari Allah dia datang, maka kepada Allah juga dia kembali. InshaAllah yg pastinya syurga di sana tempatmu sayang…


Al-Fatehah buat adik MEGAT DANISH ZIQRI


Coretan si bapa :'(

*maaf nama dan gambar profile terpaksa saya sensor 
atas sebab-sebab tertentu



p/s : Since, saya terbaca kisah ini terdetik rasa keinsafan dalam diri. Jika saya rasa saya malang sebab masih belum dikurnikan cahaya mata ketika usia perkahwinan menginjak ke angka 2 tahun, bahkan masih ramai lagi pasangan di luar sana yg masih belum dikurniakan cahaya mata tatkala usia perkahwinan mereka ada yg hampir mencecah ke angka10 tahun.

Jika nak dikatakan pelbagai kata-kata nista, perlian mahupun hinaan yg telah saya perolehi di sebabkan masih belum memperoleh cahayamata, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kata-kata, perlian dan hinaan yg orang lain perolehi bahkan lebih teruk daripada saya.

Jika saya selalu tertanya-tanya kenapa Allah tak kurniakan zuriat walaupun pelbagai usaha, doa dan ikhtiar yg telah kami lakukan, bahkan lebih banyak lagi usaha, doa dan ikhtiar yg pasangan-pasangan lain lakukan jika nak dibandingkan dengan usaha saya yg hanyalah ibarat seperti sebutir pasir.

Jika saya selalu bertanya mengapa Allah memberikan pelbagai dugaan yg memeritkan di saat saya betul-betul mengharapkan sesuatu, bahkan apa yg saya harapkan tidak pernah tertunai sebaliknya kesedihan yg kami alami, rupa-rupanya ada insan lain di luar sana lebih hebat dugaan yg mereka perolehi jika nak di bandingkan dengan saya.

Maka, yakinlah bahawa tiada perancangan yg sebaik-baik melainkan perancangan Allah s.w.t

“Astaghfirullahalazim, Ya Allah ampunilah dosa-dosaku kerana terlalu daif di atas setiap perancanganMu selama ini. Aku sujud syukur kepadamu ya Allah kerana aku masih bertuah jika nak di bandingkan dengan ‘mereka’… Amin Ya Rabbalalamin…”


Thanks For Reading :)


Khamis, 14 Februari 2013

D.I.Y : The Making Of


Assalammualaikum.




Yeah! Baju dah siap dijahit, boarder lace pun dah sampai, manik-manik dah beli, mari mulakan sesi menunjukkan bakat amatur dan kreativiti terpendam. Auchhh!


p/s : Nak beli boarder dan patch lace cantik-cantik di sini ye : SOMETHING BORROWED BY NISAALWY


Sharing is Caring :)



Rabu, 13 Februari 2013

Wordless Wednesday



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia!
(Eceh ceh! mentang-mentanglah sekarang musim org dapat duit br1m ni, bersalam 1 Malaysia bagai ye. Hihi)





p/s : Hari ni punyalah excited pergi kerja awal. Bersemangat datang kerja setelah 4 hari bercuti.Tiba-tiba tengok jalan raya lengang, sampai office kosong. Pulak dah. "Weyh korang masih di alam percutian lagi ker??? Teruk betul!"


Pssttt...Yeah! Dah boleh update blog melalui hp. Teruja kau!
-_-


Rabu, 23 Januari 2013

Kegilaan Terhadap Drama Filipina


Assalammualaikum.


Sekarang memang jarang update belog.
 Bukan tak ingat dekat belog yg serabai n kusut masai ni (belog aje eh! Tuannya tidak). Tapi tak tau nak story mory tentang apa. Biasalah, aktiviti seharian saya adalah pergi kerja, balik, masak, makan, tengok tv dan tidur Zzzz. Esok sambung balik pergi kerja, balik, masak, makan, tengok tv, layan suami, eh! tido dgn suami, eh! dan bla..bla..bla..Ekekekekek... image
(gelak pulak. Pelempang nak?-tetiba nak jadi garang macam Cikgu Saripah. Siapakan beliau???)

Cerita mengenai drama tv, kalau nak tau tiba-tiba saya menjadi obses terhadap drama Filipina. Ni semua gara-gara wujudnya Astro Bella saluran 133. Sanggup aku biarkan suami merajuk dengan menggenggam remort tv tak nak bagi lepas (takut asben tukar cerita lain). Akhirnya suami sentap dan terus tidur kerana terlalu bosan dan menyampah. Dahlah dia yg bayar astro tiap-tiap bulan, lebih sudu pulak dari kuah. Hohoho...

Lebih teruk lagi apabila saya telah memujuk asben untuk berpindah ke Manila disebabkan mahu menonton drama Filipina selama 24jam tanpa henti dan berharap dapat berjumpa dengan Kristine Hermosa dan Jericho Resales sambil berbual-bual mesra. Buruk ke tak buruk perangai obsesi aku ni? Kahkahkah!!!

Baiklah, sekarang drama Filipina telah mendapat tempat pertama dalam carta hati. Balik rumah je dah tau dah jadual cerita favourite saya. Sanggup melupakan berita jam 8, gosip-gosip hangat, cerita-cerita melayu mahupun cerita-cerita lawak. Di harap dengan keobsessan saya ini tidak membuatkan asben memotong saluran astro BELLA!


Pangako Sa Yo. Isnin-Jumaat jam 11:00pagi dan siaran ulangan 10:00malam di Astro Bella. Cerita ni pernah bersiaran di TV2 pada tahun 1998 dulu.Ingat tak? Masa ni Kristine Hermosa baru umur belasan tahun. Dioranglah yg membawa permulaan fenomena drama Filipina sehingga ke hari ini.

Nak tahu cerita lanjut, lihat sini : THE PROMISE (PANGAKO SAYO)




Cerita ni baru je habis. Act dah banyak kali ulang tayang dekat astro. Walaupun cuma 50 episod tapi cerita ni pernah memenagi international Ammy Awards 2010 dalam katagori telenovela tau. Nak tengok jugak banyak-banyak kali walaupun waktu siarannya adalah tengah malam jam 12:00pagi. Sanggup aku tongkat mata tuuu. Huehue...

Cerita lanjut baca sini : DESTINED HEART (DAHIL MAY ISANG IKAW)



And now layan cerita ni pula. Jam 8:00malam di Astro Bella. Walaupun tak berapa minat kat actor cerita ni, tapi asalkan ada Kristine Hermosa terus jadi suka. Hehehe. Jalan cerita ni memang best sangat. Tiap kali tengok mesti nak menangis. Sedih wooo!

Cerita lanjut di sini ye : STAND FOR LOVE (GULONG NG PALAD)


Perasan tak, dalam cerita Filipina kebanyakkannya berkisar mengenai cinta, kekeluargaan dan kasih sayang. Jarang ada cerita Filipina yg memaparkan kisah aksi-aksi pergaduhan mahupun peperangan. Maybe dah memang metaliti masyarakat diorang lebih kepada cerita-cerita romantik dan percintaan kot.

Dan lagi satu dalam perhubungan cinta mereka mesti ada je halangan dari sesebuah pihak yg ingin menghancurkan perhubungan mereka. Contohnya si hero ni anak orang kaya. Asal hero je mesti nak kaya. Yg heroin pulak anak orang miskin. Dah tentulah parents si hero tak suka dengan si heroin yg miskin ni. Lepastu mesti ada perempuan yg jahat menghancurkan hubungan diorang dengan menggunakan pelbagai taktik agar mereka berpisah. Kenapa yg nak jadi jahat tu mesti perempuan je? Hehe.. Tapi akhirnya si hero dan heroin ni kahwin juga dan bahagia untuk selama-lamanya. Yg ni memang part aku paling puas hatilah. Hehe.

Tapi apa yg seronoknya tentang cerita Filipina ni kadang-kadang boleh buat kita tersentuh dan menagis. Apa yg berlaku seakan benar dengan kehidupan diorang. Lepastu jalan ceritanya taklah merepek-repek dan buat orang tertunggu-tunggu macam cerita indon. Senang kata semua straight to the pointlah. Act bila tengok cerita Filipina terus nak bagi 10 bintang.  Haha...tetiba kau!


Harap-harap sangat lepas ni Astro Bella siarkanlah pula cerita Sana'y Wala Nang Wakas. >_<


Pernah bersiaran di Astro dan tv3 tapi tak sempat tengok semua episod. Lately layan balik dan baru sempat tengok di You tube sebanyak 50 episod, terus kena bar dah. Sabar ajelah. Siapa-siapa yg download cerita ni 1-100 episod tolong email@pm ye. Beli pun sanggup. Huhu-obses giler!!!


p/s : Masa tengah cari-cari info, terjumpa satu belog yg dimiliki oleh seorang lelaki. Tak sangka pula dia pun peminat tegar drama Filipina. Siap download 100 episod drama Sana'y Wala Nang Wakas dan telah menontonnya sebanyak 6kali kau. Hebat! Haha...ingatkan aku seorang yg obses. Rupanya ramai lagi yg obses dekat drama tagalog ni di luar sana. Rasa nak ucap " Hai, kita mempunyai hati dan naluri yg sama. Wit wee...mari bersalaman tanda persahabatan sejati (untuk para-para wanita sahaja okeh!)"

Akibat kerap tengok cerita Filipina, sekarang dah pandai sikit-sikit speaking tagalog. Haha. Contohnya macam 'anak'=anak, 'inay'=emak, 'masuk'=masuk, 'oppa'=ye@yup, 'salamat'=terima kasih, 'hindi'=tidak, 'ako'=saya, 'itay'=ayah

Mood : Oh, ini fenomena di luar jangkaan.


Thanks for Reading


Rabu, 9 Januari 2013

A Successful Marriage


Assalammualaikum





A successful marriage requires falling in love many times, and always with the same person.


p/s : Saje nak tunjuk gambar suami isteri terbaru yg dah terbasi di FB. Hehe.
>_< bertambah gedik bila buat muka cengini!



Khamis, 3 Januari 2013

Outing Di Tahun Baru 2013


Assalammualaikum.


Lama tak outing dengan Incik Asben berdua-duaan.
Selalu bila outing lebih kepada keluar dengan satu misi atau tujuan, macam beli barang dapur ke, attend wedding ke, balik rumah family ke, pergi majlis saudara mara ke, atau semuanya bersebab.
Tiba-tiba malam menjelang tahun baru asben buat surprise!
  “Esok kita keluar jalan-jalan ye. Abang tak kerja. Suprizeeee!!!”

Ops! Adakah suami aku mengigau disenja hari? (dengan perasaan semacam tak pecaya seperti mahu menghantukan kepala laju-laju pada dinding image. Tetiba kau!)
Maka, si suami isteri ni pun berkira-kiralah mahu ke mana pada keesokkan harinya…


(Dialong sebenar yg telah saya olah dan repair mana-mana ayat yg patut. Huhu…)

Isteri : Genting?
Suami : Mesti ramai orang. Selalunya orang celebrate new year dekat Genting. Nak balik mesti jalan jammed punyalah. Yg balik dari kampung (Pahang, Terengganu&Kelantan) pun lalu situ jugak. Nanti masa kita habis kat atas jalan jer.
(Satu patah perkataan je yg keluar dari mulut aku, dibalas 978 726 125 perkataan dari suami kan? Kemaennn…..)
Isteri : Ohh ek??? Okay. Erm…Bukit Tinggilah. (Jawab dengan confidence level yg sungguh tinggi)
Suami : Samalah…jammed nanti. Sume orang ikut Highway Karak kan...Sayang nak pergi mana sebenarnya?
Isteri : Sayang nak pergi tempat-tempat yg sejuk. Nak jalan-jalan sambil tengok permandangan yg indah.
Suami : Okeh. Kita pergi sini. Confirm Sayang suka punye.
Isteri : Mana? (Excited!)
Suami : Ice box.
Isteri : Bengong! #%&*$@


Lastly, weols decide pergi IKEA je. Lagipun memang saya tak pernah ke sana. Dapat jalan, makan, cuci mata, tengok barang rumah dan shopping!!! Nasib baik tak ke Genting. Sebab keluar dari rumah pun dah pukul 12:00tgh hari. Huhu…





Sampai je di IKEA terus cari tempat makan. Excited nak keluar sampai tak sempat nak breakfast. Makan dekat Kluang Station.

Lepas tu asben nak try tengok 6D Motion Adventure. Harga RM15 untuk seorang. Boleh pilih cerita apa dan rasakan cabarannya seperti berada di destinasi sebenar. Weols pilih cerita Dirt Car Race.

Tayangan tak lama pun. Cuma 8 minit je. Itupun dah betul-betul buat saya keletihan menahan emosi ketika beraksi di dalam mini panggung tu. Tak cukup dengan kerusi yg bergoyang-goyang, ditambah pula dengan semburan air, angin dan getah apa entah yg melibas-libas kaki kita. Rasa macam nak terjun je dari kerusi yg tinggi tu dan terajang getah yg melibas-libas dekat kaki tadi. Fobia tau tak!!!




Kemuadian weols masuk ke semua kedai-kedai yg ada di situ. Sampailah terjumpa satu kedai barangan Jepun yg superb comels ni di Tokutokuya. Sebut betul-betul TOKU-TO-KU-YA. Berbelit-belit kau lidah nak menyebutnya.Hehe…
Kebanyakkan barang di sini semua berharga RM4.90. Macam Daiso tu. Tapi Daiso pun aku tak pernah pergi.
Pusing-pusing sampai 10kali dalam kedai tu tapi tak tau nak beli apa dah. Sebab barang-barang rumah semuanya dah complete.
Siriusly, setahun setengah sudah berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri inilah kali pertama rasanya keluar sampai dah tak tahu nak beli barang apa lagi untuk rumah sendiri. Rasanya semua dah cukup lengkap. Syukur Alhamdulillah…


Akhirnya barang-barang di atas tu, asben yg pilih.

1.Bekas tempat letak remort tv,cd,kipas yg selalu bersepah-sepah.
2.Bekas tempat letak face cotton saya. Tengok, sampai face cotton pun nak letak dalam bekas khas. Huhu…
3.Mini speaker. Tak tahulah asben nak buat apa sebab laptop dan tab dah tak ada. Oh, untuk handphone dia kot.

Semua barang yg kami beli hanya RM4.90 setiap satu. Murah kan?


Dari situ terus ke IKEA pula. Ingatkan pergi IKEA time cuti new year ni tak ramai orang. Rupa-rupanya ramai pulak yg celebrate new year dekat sini. Pelik. Rasa dah macam berjalan di Pasar Borong Seri Kembangan pulak. Berasak-asak sampai tak nampak barang yg di cari.

Pergi ke showroom IKEA pun sama juga. Masing-masing bukan beli pun. Bergambar je lebih (aku letew). Lagipun showroom IKEA kan cantik. Dah macam design rumah sebenar. Boleh beri inspirasi kepada mereka yg berminat untuk mendeco-deco rumah ni.

Lastly, weols beli 2 biji vase berharga RM4.90 dan 2 anak pokok bunga berharga RM1.90. Sangat murahhhhh…-.-

Dari IKEA terus ke Tesco untuk shopping barangan dapur. Keluar dari Tesco pun dah pukul 9:00mlm. Terkejut beruk tengok harga tiket parking RM16:00! Gile mahal!!! Dah sama harga dengan tiket wayang untuk dua orang. Ok bye!


* * *


p/s : 
Masa berjalan-jalan banyak kali kaki saya cramp. Dah macam ibu mengandung pulak hehe… Maybe sebab dah lama tak berjalan lama-lama kot. Tapi jalan dengan suami tak sama macam berjalan dengan pakwe. Tak perlu risau nak balik cepat ke, mak marah ke, kena sharp on time ke. Tapi kadang-kadang tersasul jugak. Asyik nak tengok jam je. Teringat kalau balik lambat pasti mak marah macam masa sebelum kahwin dulu. Tengok, dah lama kahwin pun still rasa macam tu. Hari-hari rasa macam baru kahwin je. Sangat manisss!

Masa beli barang-barang dapur, tiba-tiba hati rasa sayu je. Tengok barang-barang dalam troli, kemudian tengok muka suami, lepastu tengok balik barang-barang dalam troli sambil cepat-cepat kesat air mata. Kalau boleh tak nak suami perasan. Mungkinkah bulan ini bulan terakhir dapat shopping sama-sama dengan suami? Tak boleh nak kata apa dah.


Thanks for Reading.