Isnin, 29 Julai 2013

Blue Dress Inspired by Lisa SurihaniS!


Assalammualaikum.


Sempena Aidilfitri yg bakal menjelang tiba ni, mesti uols semua dah prepare design baju apa nak pakai masa raya pertama nanti kan? Agak-agak fesyen ape yg tengah in dan top musim sekarang selain daripada peplum? Tapi, rata-rata yg Hanis tengok kurung moden yg kain ala-ala kembang dengan hiasan lace di hujung lengan dan hujung kaki baju yg banyak menghiasi blog-blog dan facebook jualan online.


Ok...fine, Hanis terpaksa lupakan niat dan hajat untuk melaram dengan kurung moden dan peplum pada raya tahun ni. Nampak gayanya terpaksalah cari jubah mahupun dress yg longgar-longgar di bahagian perut. Tapi tak kisahlah sebab dah puas pakai kurung moden dan peplum di tempat kerja masa sebelum preggy dulu. Lagi pun jubah dan long dress untuk maternity yg ready made pun sekarang dah cantik-cantik tau. Tinggal pilih dan bayar je Hurmmm...jgn ingat preggy mommy tak boleh bergaya!!!


So, before preggy haritu Hanis sempat design dan tempah sehelai long dress inspired dari majlis merisik dan bertunang Lisa Surihani. Nak pakai dress yg nampak ala-ala artis la konon. Dipendekkan cerita, uols pernah tengok tak baju baby blue yg Lisa pakai masa majlis merisik dia tu? First time Hanis tengok dalam rancangan Walimatulurus Lisa & Yusri di saluran Astro Ria, terus teruja dengan dress labuh tu. Seriously sangat-sangat amazing dan fabulous Hanis cakap sama uolsss! Hahaha…


Ni contoh dress baby blue Lisa yg Hanis admire sangat-sangat tu. Alahai...
Pic : From Google
 
Then, since that terus pergi beli kain yg seakan-akan colour tu. Lagipun memang Hanis tak ada lagi baju warna baby blue (teruja okeh!). Penat meng’google’ siapakah gerangan si pereka amatur yg mereka baju Lisa tu, tapi tak jumpa-jumpa pula. In my opinion, maybe Lisa just beli di pasar malam je kot. Bila dah ditambah dengan pelbagai aksesori. Nahhh!!! Meletopsss bakal menantu mak! (kata mama Yusri) Hahaha…
 
 
Kemudian, Hanis terus hantar ke tailor favourite yg selalu jahit baju Hanis. Act tu je tailor yg serasi buat baju Hanis selama ni. Sebenarnya tak ada pilihan lain. Bukan taknak tempah pada Rizalman Ibrahim atau Riezman Ruzaini. Takut nanti terpaksa pula gadaikan kereta dan rumah sewa semata-mata untuk membayar upah jahit baju tu. Ekekeke…


 Di rumah makcik tailor...

 
Makcik Tailor : Nak buat baju macam mana ni?
Hanis : Dress labuh. Nak kembang sikit dari peha.
Makcik Tailor : ??? (Blurrr)
Saya : Alah macam baju merisik Lisa Surihani tu. Tengok tak dekat Astro?
Makcik Tailor : Tak tengok. Rumah ni mana ada Astro.
Saya : Ahh…sudahhh (dalam hati). Okeh, ikut je design ni. Nah… (design dah siap-siap lukis dari rumah. Hehehe) – Hopefully dia dapat imagine nanti.
Makcik Tailor : Erm bagus pun. Tapi kau punya design ni taknak kalah macam artis.
Saya : Hahaha…

 
(then, makcik tailor tu ambil ukuran badan and weols pun pot pet pot pet sambil discus tentang baju tu. Nak potong enamlah, nak butang penuh berderet-deret dekat belakanglah, butang dekat tangan lah, leher ada lengkuk lah dan bermacam-macam lagi)

 
Sebulan kemudian, seperti yg dijanjikan baju tu pun siap. Alhamdulillah, dia jahit seperti yg Hanis kehendaki. Kini masa untuk menambah aksesori seperti patch lace dan beads. Memang internet dan google banyak membantu. Memandangkan Hanis jenis tak ada masa nak merayap ke Jalan TAR untuk mencari patch lace yg dicari (belum termasuk nak cari kedai, nak cari lace, penat berjalan, kos, minyak, tol, parking, nak makan lagi dsb) so, better beli secara online sahaja walaupun tak banyak pilihan, sekurang-kurangnya taklah membazir masa dan tenaga. Cuma kena rajin research lah.

 
Setelah penat mengoogle, akhirnya jumpa juga sales online yg menjual patch lace yg betul-betul Hanis suka dan menepati citarasa. Al-maklumlah Hanis ni memang sgt-sgt cerewe dalam bab-bab memilih ni!
 
 
So, jumpa di sini : Something Borrowed by NisaAlwy
 
 
Lace ni Hanis beli secara online dengan harga RM60 semester. Hanis beli semester sahaja.
 
 
Peringatan penting : Jangan beli lace terlalu lebih utk mengelakkan pembaziran. Kerana harga lace sudah diketahui umum adalah mahal ok. So, before membeli better uols ukur dahulu jumlah maximum yg uols perlukan pada sesebuah baju.

 
Nilah rupa parcel dan lace yg Hanis terima. Sangat cantik dan material dia jenis berkualiti serta sgt-sgt menepati citarasa Hanis.
 
 
Kemudian Hanis aplikasikan lace tadi dgn dress baby blue ala-ala Lisa Surihani tu. Bila dah siapppp….hasilnya rasa seperti Wow!!! Gempakkkknya (adakah aku seorang sahaja yg memujinya? Hahaha)
 
Hakikatnya, tak payah nak tengok hasil sangatlah. Mari kita lihat beberapa proses yg Hanis lakukan ketika mencantumkan lace pada baju tersebut.

 
 Antara bahan-bahan yg diperlukan adalah seperti berikut ye :-


 


 
 
 
 
 1. Kotak menjahit 
 Hihi...depends la...tak ada kotak ni pun tak ape. Tapi kalau barang-barang uols bersepah-sepah Hanis tak bertanggungjawab okeh.
 
2. Jarum.
Make sure saiz yg kecil. Yg khas untuk jahit beads n pearl pun boleh. Kadang-kadang ada jarum yg nampak kecil tapi tak lepas masa jahit beads kerana lubang beads tu terlalu kecil. Tapi Hanis tak guna beads yg kecil. So, boleh guna semua saiz jarum.
 
3. Benang.
Ikut warna material dan patch lace uols yg sesuai la.
 
4. Gunting.
Seperti biasa. Jangan guna gunting pemotong ikan kat dapur sudah! Hehe.
 
5. Beads dan pearl.
Ikut citarasa uols. Kalau nak meyerlah better guna warna yg kontra dari material dan patch lace. Baru Nampak hasilnya nanti.
 
6. Patch lace.
Boleh dapatkan di mana-mana. Kalau malas nak cari di kedai boleh beli sacara online macam Hanis. Dah banyak sekarang sales online yg jual patch lace dgn bermacam-macam corak. Pilih sahaja.
 
 
 
And the lastly kena ada kemahiran menjahit la... Kalau nak masukkan benang pada jarum pun tak tahu, erm...Hanis pun tak boleh nak komen panjang lebar. Rasanya basicly semua org pandai menjahitkan??? Coz kat sek men dulu dah belajar dah semua ni dalam subject Kemahiran Hidup.
 
 
 



 Mula-mula, potong dulu patch lace tadi mengikut corak yg sedia ada. Bahagian-bahagian yg kosong (tiada apa-apa corak) uols boleh buanglah. Potong cantik-cantik dan kemas tau.


Kemuadian, jahit jelujur kasar (seperti gambar dia atas) untuk tampal sementara atas baju uols. Hanis gunakan benang hitam yg kontra dgn warna baju dan lace supaya senang nampak masa nak buka balik nanti.



Ini untuk design pada dada baju. Hanis letak bawah sedikit sebab ada space untuk tudung atau shawl. Bila pakai tudung n shawl nanti taklah patch lace tu terlindung.


Sebenarnya patch lace ni uols boleh gabung-gabungkan mengikut citarasa uols. Tak perlulah ikut betul-betul seperti corak sedia ada yg asal. Uols boleh letak terbalik, pusing, senget sedikit ikut design yg mana-mana sesuai. Sebab tu kena jahit jelujur kasar sementara dahulu. Bila dah betul-betul confident dgn design tersebut baru jahitkan lace tersebut betul-betul (jelujur halus) mengikut warna benang yg senada dgn warna patch lace tadi. Means jahit betul-betul laa...


 
Boleh jahit pearl mengikut corak patch lace uols sebagai sumber inspirasi. Ceewah! gitu :)


 Bila patch lace dah dijahit dgn sempurna pada material, mula untuk menjahit pearl pula. Boleh ikut corak pada patch lace untuk menampakan lebih kemas dan tak berserabut.


Last sekali baru Hanis jahitkan beads yg besar-besar tu pada tengah-tengah corak patch lace tadi. Hanis tak letak banyak sangat beads ni. Takut nampak terlalu messy pula. Depends pada uols juga ok.


 
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Makan masa lama juga nak jahit semua ni sebab Hanis buat sikit-sikit time masa lapang.
 
 
Taraaa!!! Inilah hasilnya yg dah siap!!!
 
 
Full image untuk dress baby blue Hanis yg telah siap dijahit patch lace dan pearl. Tapi masa ni rasanya belum jahit beads lagi kot.
 
 
 
  
 
 

 
 Total kos :-

Kain chiffon : RM5:00/meter, 5meter = RM25.00
Kain lining : RM1:50/meter, 3meter = RM4.50
Patch lace : RM60.00/meter
Beads : RM3:00+RM5:00 = RM8.00
Pearl : RM4:00+RM4:00 = RM8.00
Upah jahit (tailor) = RM120.00
 (Benang, jarum, gunting dan peralatan-peralatan lain memang dah sedia ada)

So, total kos only =RM225.50


Walaupun harga keseluruhan dress ni nampak macam mahal atau lebih kurang dgn harga dress ready made di butik, tapi Hanis tetap rasa puas hati sebab dapat design dress mengikut citaras dan kehendak sendiri.

So, lepas ni uols boleh la cuba design baju atau dress mengikut citarasa sendiri ilham dari mana-mana pereka ataupun artis ok. Yg penting bersederhana dan mestilah bijak memilih bahan. Make sure harga yg uols pilih utk bahan dan material tu adalah berpatutan.


Nak tengok gambar penuh masa Hanis kenakan dress ni just klik SINI ok :)


Bye! Thanks For Reading


p/s : Lupa pula nak bagi tau, kain baby blue untuk dress ni jenis chiffon. Hanis beli di Nagoya je. Semeter RM5.00. Murah kan? Selamat mencuba!


 

Sabtu, 27 Julai 2013

Iftaar 1434H : Kelab Tasik Komuniti Cyberjaya

 
Assalammualaikum.
 
 
Tarikh : 26 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1432H
Hari : Khamis
Lokasi : Kelab Tasik Komuniti Cyberjaya
 

Okeh, weols dah sampai. Masa untuk melangkah dan menerjah buffet ramadhan. Yuhuuu...

Counting time. Mengalahkan org berpuasa pula. Act time ni Hanis xpose. Haha...

Motip???

Nama dia A.D.A.H

Emak kiter dgn bakal menantu dia.

Cover konon-konon makan sikit je padahal yg tak masuk dlm pic tu super berlambak lagi. Kuikui...

Boys n men :p

Si gadis dan si jelitawan (kite letewww). Pui :p

Anak dara sorg ni dgn mak yg super comelsss

Hot couple! Terliuq tgk spageti tu. Plsss...come to momma plsss...

Yummy!

Gurrlllppp! Alhamdulillah...kenyang sudah. Balik dululah ye :p


p/s : Suami tak dapat join walaupun dah bg date awal-awal utk spend masa ke sini. Tumpah juga air mata tatkala dapat berita yg meruntun perasaan tu. Cewwwah! Nak buat macam mana, dah tuntutan kerja. Inilah namanya janji di capati! Geram kiter tau...hehehe





Rabu, 24 Julai 2013

Wordless Wednesday : Perempuan vs Lewat

 
Assalammualaikum.
 
 
 
 

Rasanya bila dah jadi mommy nanti tak boleh la nak lewat-lewat macam ni kan? Semuanya kena cepat, pantas dan cekap.
 
Ada beberapa bulan je lagi nak latih diri. Kalau lambat jugak alamatnya kena tinggal keretapi jelah ummi n baby. Hehe :)


 Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1434H


 


Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan Pertama 1434H

 
Assalammualaikum...
 
 
Hari ni, hari pertama berpuasa untuk tahun 2013 dan tahun 1434H. Tahun ni juga tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dan merupakan tahun pertama berpuasa bertiga bersama baby dalam perut. Oh! sedar tak sedar dah tiga kali berpuasa bersama suami dan perkara paling penting adalah bengun awal untuk menyediakan juadah bersahur sendiri. Kemudian barulah kejutkan suami untuk bersahur bersama-sama. Hebat! Hehehe...
 
 
Sayangnya tahun ni sehari sebelum menjelangnya Ramadhan, suami dah hantar awal-awal bercuti ke rumah mak di kampung. Bukan untuk Ramadhan pertama je. Tapi sepanjang bulan Ramadhan okeh! Sedih...
 
 
Pertamanya tak dapat sahur n berbuka bersama-sama suami. Erm...entah apelah yg suami makan n minum time sahur dan berbuka nanti kan? Tapi demi kesihatan anak dan ummi, kitaorang terpaksa akur. Lagipun bukan setiap hari asben boleh balik awal. Terpaksa kerja lebih masa atas tuntutan syarikat. Ok fine fine...
 
Keduanya, tak tahu kenapa puasa tahun ni rasa macam kurang excited berbanding dgn tahun-tahun sebelum ni. Sebab beberapa hari sebelum menjelangnya Ramadhan, hati ni dah berkira-kira samada boleh puasa ke tak. Kalau ikutkan memang nak puasa full time pregnent. Tapi kena fikir risiko dan faktor kesihatan diri dan bayi. Yelah, tiap-tiap hari dah terbiasa makan 5kali sehari. Tiba-tiba tak masuk makanan langsung. Takut dia terkejut pula. Lastly try juga puasa hari ni. Harap-harap Hanis dan baby kuat dan tak memudharatkan. Tolong doa-doakan yer. Amin...
 
 
Tapi ada juga dialog-dialog yg Hanis kena ambil kira dan dengar sebagai nasihat dan panduan. Antaranya :-
 
 
-Emak-
" Kalau rasa perut mengeras dan sakit terus buka ok. Kadang-kadang kita boleh tahan, tapi tak tahu anak dalam perut tu cam mana"
 
-Suami-
" Jangan paksa diri. Kalau tak larat makan tau nanti. Sebab tu wanita mengandung diharuskan berbuka" 
 
 
Alhamdulillah, harap-harap boleh bertahan setingga waktu berbuka nanti. Di kesempatan ni juga Hanis nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua kaum muslimin dan muslimat. Ampun maaf sekiranya ada perbuatan dan kata-kata Hanis yg menyinggung mana-mana perasaan samada secara lisan dan coretan di dalam blog. Sempena bulan kemuliaan ini marilah sama-sama kita melipatgandakan ibadah dan urusan seharian kita dalam mencari ilmu pengetahuan. Semoga amalan kita nanti diterima oleh Allah s.w.t.
 
 
Just for sharing :
"Antara kesalahan yg dilakukan di dalam bulan Ramadhan adalah sibuk mengerjakan ibadah sehingga lupa untuk menimba ilmu. Kerana, ibadah tiada nilainya tanpa ilmu pengetahuan. Wallahua'lam"
 
 
Sorry pic terbaru asben n wife tak ada lagi. So, guna pic masa kawen dulu yer. Hihi...
 
 
p/s : Dari semalam pujuk baby dalam perut. Borak-borak dan bagitau dia yg Ummi nak puasa esoknya. Slow talk and hopefully dia paham dan boleh berpuasa bersama-sama. "Terima kasih anak kerana memahami. Kuatkan diri ye sayang..."
Terharu :(  
 


Khamis, 27 Jun 2013

Tangisan Kesyukuran

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Syukur Alhamdulillah sekali lagi diberikan kesempatan dan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk jari ini terus menari nari di blog ini dan berkongsi pengalaman paling indah dalam hidup Hanis bersama pembaca blog tersayang. Pertama sekali Hanis nak ucapkan syukur yg tak terhingga di atas nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan kepada kami suami isteri dan keluarga serta insan-insan tersayang.
Seperti yg semua sedia maklum usia perkahwinan kami telah pun mencecah ke angka 2 tahun lebih. Secara jujurnya perasaan untuk mempunyai zuriat sendiri tu hanya Allah sahaja yg tahu betapa berharap dan teringinnya kami. Siapa yg tak nak anak kan? Lagi-lagi hasil daripada perkongsian hidup dgn insan tersayang dan dari darah daging sendiri yg halal. Bila tengok pasangan lain bawa bayi mereka, jangan kata Hanis tak terasa okeh. Bila ada suara-suara sumbang yg bertanya, jangan kata weols suami isteri tak sentap pula. Memang luarannya nampak kami ni slumber dan biasa-biasa je tapi dalam hati hanya Allah sahaja yg tahu. Biarlah suara-suara tu terus menerjah ke telinga ini kerana akhirnya pasti akan terdiam juga suatu hari nanti. Alhamdulillah masa yg ditunggu-tunggu itu tiba jua akhirnya.....
Sesungguhnya alam berumahtangga ini terlalu indah kerana dikurniakan suami yg terlalu memahami serta sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat buat Hanis. Jatuh bangunnya Hanis, tak pernah sekalipun suami pergi meninggalkan bahkan dia sentiasa berada di sisi ini. Bila bercerita soal zuriat, suami tak pernah merungut walau sekalipun, namun dia sentiasa berfikiran positif dan beranggapan rezeki itu pasti ada tapi bukanlah hak kita untuk menentukan bila kerana Allah lebih Mengetahui bila Dia akan beri dan bila kita memerlukannya.
 
DOA, USAHA DAN TAWAKAL
Dipendekkan cerita, 3bulan sebelum disahkan hamil Hanis dah start ambil vitamin acid forlic. Sebenarnya dah lama kawan Hanis bagi petua ni since dari 4bulan selepas kawen dulu. Tapi tak tahulah masa tu tak tergerak hati langsung nak cuba. Tiba-tiba Hanis mesej suami minta dia belikan acid forlic dari tempat kerja. Diorang kata acid forlic ni bagus untuk menguatkan rahim dan menambahkan darah. Lagipun ianya boleh dijadikan vitamin harian kita bagi menambah selera makan. Almaklumlah Hanis ni memang susah sikit nak makan. Balik tu dah ada dah atas meja. 1 paket acid forlic mengandungi 60biji untuk sebulan. Tak sangka, cepat dan senang je hubby belikan.

 
Acid forlic. Rasanya semua acid forlic bentuk macam ni kan? Ada yg lain ke?
 
 
Tak tahu datang dari mana, naluri nak jadi ibu tu kuat sangat. Tak cukup dengan makan acid forlic sahaja, start bulan tu memang Hanis memperbanyakkan buat solat hajat, solat taubat, solat sunat dan membaca al-quran. Dalam doa ni tak pernah putus-putus dan berharap semoga Allah mengurniakan kami cahaya mata dengan segera. Hujung bulan tu datang bulan lagi walaupun delay selama 10 hari. Tak mengapalah, mungkin belum rezeki kita lagi. Allah masih nak menguji kesabaran hambaNya ini.
 
Bulan berikutnya Hanis terbaca dalam internet tentang kebaikan buah zuriat@buah adam hawa. Buah ini dikatakan hanya terdapat di Tanah Suci Makkah dan keupayaan buah ini dapat membantu pasangan segera hamil dan mendapatkan zuriat dengan izin Allah s.w.t. Wallahua’lam. Secara jujurnya tak terfikir langsung Hanis nak cari atau mencuba buah ini. Memandangkan bukan senang nak dapatkannya. Taknaklah menyusahkan suami. Memang Hanis tak cerita langsung pun dekat dia ataupun sesiapa. Ditakdirkan suatu malam selepas suami Hanis balik kerja, terus dia cakap
 
Suami : Sayang tau tak buah adam hawa?
Saya : Tau. Kenapa?
Suami : Tak ada apa.
 
Saya : (Pelik) sambil mengerutkan dahi.
 
Tiba-tiba asben keluarkan sesuatu dari beg galas dia dan beri pada Hanis. Terus dia kata “Nilah buah tu. Kawan abang bagi. Abang tak pesan pun. Tiba-tiba dia bagi” Ya Allah, seakan tak percaya. Memang Hanis tak pernah sebut pada asben, tak pernah cari, tak pernah tanya, cuma baru terdetik dalam hati. Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Dia mempermudahkan segala-galanya. Dia Mengetahui apa yg kita perlukan. Syukur Alhamdulillah. Then, bermulalah episod merebus dan meminum air buah zuriat tu untuk kami berdua. Acid forlic Hanis tetap teruskan seperti biasa.
 
Inilah rupa buah zuriat atau buah adam hawa tu.
 
 
Kemudian cerita mengenai susu kambing pula. Memang weols bercadang untuk mencuba susu kambing segar yg dikisar dengan kurma. Tapi paham-paham jelah mana nak cari susu kambing segar tengah-tengah bandar ni. Kalau duduk di kampung pun belum tentu boleh dapat yg segar. Suatu hari Hanis dan suami nak menghadiri majlis perkahwinan kawan asben di Muar. Sebelum bertolak pagi tu sempat lagi kitaorg pergi cuci kereta di Subang, area-area rumah mertua.
 
Sedang menanti mat-mat bangla tu cuci kereta, kitaorg pun berjalan-jalanlah di kedai-kedai yg berhampiran dgn tempat car wash tu. Ternampak pulaklah iklan susu kambing segar ada dijual di situ. Terus kitaorg tanya pada owner kedai tu. Mula-mula order dulu 2 botol. Nak try dulu. Kalau ok baru beli lagi. Tak mahal pun. Sebotol baru RM5.50. Harga yg setiap orang mampu milik berbanding harga seorang zuriat bg kami :)
Keesokkan harinya mak mertua bagi kurma dari Makkah pula. Sedang elok-elok memang nak cari kurma dari Makkah. Nak blend sekali dengan susu kambing tu. Ni pun salah satu petua yg Hanis baca bagi memudahkan seseorang untuk mendapatkan zuriat. Seperti yg Hanis katakan tadi, bukan kita percaya 100%. Semuanya atas ketentuan Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya Allah yg tentukan.
Kemudian, bermulalah lagi episod memblend susu kambing segar dgn kurma Makkah tu. Hanis buat sorang-sorang coz masa tu asben tengah kerja. Bila asben balik je dah ready untuk dua-dua org minum. Masa minum memang rasa lain sikit. Rasa berminyak, manis dan loya. Walaupun Hanis dah biasa minum susu, tapi susu kambing fresh memang tak pernah cuba lagi. Telan jugalah sampai habis. Asben rileks je minum. Hanis ada juga merungut sedikit, tapi kena tegur dengan asben. Dia kata, kita nak sesuatu atas bantuan Allah. Kenapa perlu merungut? Ya Allah, malunya dan tersedar seketika.

 
 
Esoknya...

 
 
Jeng jeng jeng!!! Hanis cirit birit! Hahaha...mungkin sbb first time minum kot. Tapi syukur minum sekali je. Yg sebotol lagi tu sampai sekarang ada lagi dalam freezer tu kalau asben tak buanglah. Hujung bulan tu seperti biasa delay lagi period. Tapi Hanis tak meletakkan harapan terlalu tinggi. Lepas delay 8 hari, cik P datang bertandang. Perasaan biasa je. Just fikir, Allah nak uji kita agar kita usaha dan terus berusaha lagi. Acid forlic tetap Hanis teruskan. Bila makan, Hanis niatkan semata-mata agar Allah mempermudahkan urusan kitaorg suami isteri mendapat zuriat.
 
INDAHNYA PERANCANGAN ALLAH SELAMA 3 BULAN
Ye, genap 3 bulan, hujung bulan Februari tu patutnya dah datang bulan. Tunggu punya tunggu tak datang juga. Hanis tak pikir apa-apa pun. Cuma niat kalau ada rezeki adalah. Cuma bila asben tanya, Hanis jawab “Syuuuttt! Jangan tegur” tak pun “Maybe bulan ni lewat kot”. Lagi pun masa tu tak pikir langsung soal zuriat coz Hanis lebih tertumpu pada majlis pertunangan adik ipar. Masa pergi Gua Musang tu pun sebenarnya dah lewat lebih daripada 10hari!
 
Balik dari Gua Musang pun rasa biasa-biasa je. Tak check pun. Perasaan ni bercampur baur antara gembira dan sedih. Gembira jika hasilnya positif tapi sedih bila dapat tau ianya negatif. Jadi, kitaorg suami isteri ambil pendekatan untuk tunggu dan lihat dahulu.
16 Mac 2013, tarikh yg tak mungkin Hanis lupakan sampai bila-bila. Asben beli pregnent test kit. Asalnya Hanis ragu-ragu sebab tak confident langsung pregnant. Taknak, bila test nanti dapat result 1 line (negatif) perasaan tu lebih kecewa dari keguguran tahun lepas. Tapi, asben pujuk dan nasihat sampai bila kita harus berteka teki dengan sebuah persoalan dan jawapan yg selama ini kita nanti-nantikan. Cewah! Tengah hari tu selepas makan, Hanis memberanikan diri untuk test upt tu. Itu pun suruh asben yg letak urine tu dan Hanis terus pura-pura buat sibuk ke toilet. Taknak tengok.
Tiba-tiba asben jeril panggil nama Hanis. Dia tanya “Sayang kalau ada 2 line tu maknanya ape?”. Hanis dengan muka blur terus jawab “Entah, abang tengoklah dekat cover upt tu”. Jujurnya memang Hanis sendiri tak percaya apa yg ada depan mata tu. Hanis tengok laju je 2 line naik lepas asben letak urine dekat pregnent test kit tu. Warna antara C dan T sama merah pekat tak ada beza langsung pun. Tak sama seperti keputusan pregnent test yg gugur tahun lepas.
Perkataan pertama yg asben sebut adalah... “Sayang, awak mengandung???” dan perkataan pertama yg lahir di bibir ini hanyalah “Ya Allah, syukur Alhamdulillah”. Kemudian terasa panas mengalir butir-butir indah di pipi ni. Hanis bukan setakat menangis biasa-biasa je. Terus meraung teresak-esak depan suami sampai suami peluk dan cium. Percayalah, saat Hanis menulis entry ni pun air mata ni tak henti-henti mengalir. Terlalu terharu dan bersyukur di atas nikmat tak terhingga yg Allah kurniakan. Setahun selepas keguguran yg dulu kami nanti-nantikan, akhirnya Allah gantikan sesuatu yg ‘hilang’ dulu dengan sesuatu yg lebih baik. Tarikh yg cukup indah sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke-2. Inilah hadiah yg paling bermakna dalam hidup Hanis. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Suami.
 
Hadiah ulangtahun yg paling bermakna dalam hidup :)
 
 
PERTAMA KALI MENATAP JASADMU ANAK
Petang selepas dapat result tu, Hanis terus sujud syukur tanda terima kasih yg tak terhingga pada Allah s.w.t. Bermulalah episod baru dalam hidup Hanis dan suami. Petang sabtu tu balik rumah family seorangan di Banting. Namun, Hanis tak khabarkan lagi berita gembira tu pada ahli keluarga. Dah janji dgn suami nak bagi tahu sama-sama pada suatu masa yg ditetapkan nanti. Memanglah rasa bersalah. Tapi sebab dah janji terpaksa akur juga.
 
19 Mac 2013. Asben ajak ke klinik Fadzliana, Sri Kembangan untuk confirmkan kandungan Hanis. Sebelum pergi, asben beli lagi pregnent test kit. Hanis buat ujian tu sekali lagi dan ternyata keputusan yg tidak mengecewakan. Semasa di Klinik, doktor scane perut. Walaupun objek yg kelihatan tidak begitu jelas, namun titik hitam yg tergambar pada scanner klinik tu tetap menyatakan bahawa itulah zuriat kami yg telah 4minggu 4hari Hanis kandungkan. Alhamdulillah, Allah jadikan aku seorang wanita yg sempurna, boleh mengandung, boleh mempunyai zuriat sendiri, boleh merasai saat-saat menjadi ibu seperti wanita-wanita lain di luar sana. Perasaan tu hanya Allah sahaja yg tahu betapa terharunya sehinggakan sekali lagi mengalirkan air mata ketika pertama kali menatap jasadmu anak.

 
Saat pertama kali melihat jasat si kecil di dalam tummy ni. Tak tergambar perasaan kami. Walaupun hanya bulatan hitam sahaja yg kelihatan, yg pasti ada satu nyawa yg sedang membesar dan berharap untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini kelak. Amin.

 
Alhamdulillah, Hanis berjaya menempuh saat-saat sukar ketika hamil. Trimester pertama yg penuh dgn dugaan dan cabaran. Berjaya juga mengharungi detik-detik ketika muntah-muntah, pening, loya, tak selera makan, berat badan turun mendadak, hb rendah, demam selsema tanpa makan ubat, pengsan ketika keluar sehingga terpaksa cuti bekerja selama 3 bulan. Kadangkala tumpah juga airmata ni tatkala menghadapi saat-saat sukar itu ketika katiadaan suami. Namun, kata-kata semangat, pelukan dan ciuman suami adalah kekuatan dan semangat kepada Hanis walaupun dia tak selalu ada di sisi. Bagi Hanis itu semua sudah mencukupi. Bila lihat perut yg semakin membesar, Hanis tahu ada satu nyawa sedang membesar di dalam rahim ini yg berharap agar ummi dia kuat mengharungi segala dugaan dan cabaran kerana sesuatu yg kita terlalu harapkan akan diberi sedikit ujian untuk melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadapNya.

 
Second time scan di KPJ. Masa ni Hanis bleeding kira-kira baru 6minggu. Dalam hati ini merintih dan berharap dia kuat dan selamat. Alhamdulillah, doctor kata baby masih ok.
 
 
Kali ketiga scane lebih kurang 7 minggu. Dah nampak bentuk macam baby kacang. Huhu. Baby pun dah ada heart beat. Syukur Alhamdulillah.
 
 
10 minggu baby dalam rahim Ummi. Dah nampak perbezaan dan tumbesaran yg ketara. Doktor kata dah nampak bentuk badan dan kepala. Tak ada riak wajah lain di muka kiteorg suami isteri melainkan senyuman dan dalam hati tak putus-putus melafazkan khalimah "Alhamdulillah".
 
 
Hari ini, 27 Jun 2013 genap sudah 5 bulan perjalanan mengandungkan zuriat pertama Hanis. Tiada apa yg Hanis harapkan melainkan agar kandungan ini membesar dgn selamat, sihat, sempurna, soleh dan solehah seperti anak-anak lain di dunia ini. InshaAllah, lagi 4 bulan kita bertemu ye anak. Terima kasih kerana sudi menjadi peneman setia ummi. Teman ketika makan, teman ketika tidur, teman ketika solat, teman ketika bersendirian, teman dikala sakit, susah dan senang. Sebelum mengundurkan diri, Hanis dijangka bersalin pada 14 Nov 2013 ni. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih juga pada pembaca yg sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ini. Doakan yg terbaik buat kami ye. Amin Ya Rabbal Alamin...
 
“Bismillahhirrahmannirrahim...
Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yg menyembuhkan tidak ada penyembuh selain penyembuhanMu, penyembuh yg tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yg ada diperutku dgn rupa yg baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada RasulMu
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dgn mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat, sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dgn berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Amin Ya Rabbal Alamain”



 
 
p/s : Mood serius cikit. Next entry kita gelak-gelak k.


Salam sayang,
 

Rabu, 26 Jun 2013

Tak Tahu Nak Buktikan Macam Mana Lagi Kerana Ianya Memang Terbaik (SNE CAPSULE)


Assalammualaikum.
 

Since 14 Februari 2013
 
Lately, sering rasa lenguh-lenguh pada pinggang sehingga ke hujung kaki di sebelah kanan. Kesan operation setahun yg lepas pun rasa sakit balik dan tiba-tiba perut menjadi seakan  menegang dan mengeras. Tak boleh langsung buat kerja lebih mahupun berjalan lebih sedikit. Fenomena apakah ini?
 
 
Yg saya perasan keadaan ni berlarutan sehingga ke 2 minggu. Kalau nak kata tempoh subur, memang hormone kita takkan stabil dan sedikit-sebanyak akan mengganggu kesihatan kita. Tapi, takkan sampai 2 minggu berlarutan? Bukankah tempoh kesuburan itu hanya berlaku dalam jangkamasa 24-48jam sahaja apabila telur keluar dari ovum dan bersedia untuk disenyawakan? (apa yg saya paham)

 

27 Februari 2013
 
Kemudian, emak memberi saya SNE Capsule. Saya memang dah lama stop sejak 6 bulan yg lalu kerana kesan operation dulu semakin pulih. Memang dapat rasa perubahan yg ketara apabila sakit perut di tempat operation dahulu dan lenguh-lenguh di pinggang serta kaki hilang serta merta. Saya makan 2 biji SNE Capsule pagi tu, menjelang tengah hari sakit berkurangan dan semakin baik pada waktu petang. Syukur Alhamdulillah.

 
Untuk makluman, saya bukanlah pengedar SNE. Entry ini juga bukanlah bertujuan untuk mempromosi produk SNE semata-mata. Tetapi saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya sendiri menggunakan produk SNE dan keberkesanannya. Mungkin anda juga mempunyai pelbagai masalah dan masih belum dapat merawatnya. Saya tak kata SNE adalah ubat, kerana ubat tidak merawat penyakit kita sehingga pulih, ia hanya menahan penyakit daripada terus merebak. Tetapi SNE merupakan makanan kesihatan yg membantu merawat serta menghapuskan penyakit kita sehingga pulih. InshaAllah…

 

Thanks for Reading, sharing is caring :)
 
 
 
p/s : Entry yg telah sekian lama berada di dalam draf >_<
 
 

Ahad, 9 Jun 2013

Pertunangan Adik Ipar


Assalammualaikum.
 
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita untuk mengupdate entry mengenai majlis pertunangan adik ipar Hanis yg berlangsung pada 9 Mac lalu. Malunya nak taip tarikh majlis ni sebab dah 3 bulan berlalu n baru sekarang dapat update. Apa lagi nak cakap kalau bukan “tak apelah lambat asalkan ada juga kan?” Ayat sinonim untuk si pengcover paling cemerlang ni. Huhu.

Kali ni Hanis ambil short form ajelah ye. Sebab dah lama sangat dan tak berapa ingat. Weols bertolak dari Subang (rumah mertua) pada hari Jumaat, 8 Mac 2013. Disebabkan perjalanan ke Gua Musang mengambil masa kira-kira 7 hingga 8 jam dan majlis pertunangan pula akan berlangsung pada hari sabtu 9 Mac 2013 selepas waktu Zuhur.

Tengah hari tu singgah makan sekejap di RNR Tapah dan meneruskan kembali perjalanan ke Gua Musang. Lupa pula, 3 buah kereta n semuanya anggota keluarga mertua termasuklah ipar duai dan seorang makcik (kakak ayah mertua), opah dan atuk yg join rombongan meminang n bertunang ni.

Sampai di Gua Musang kira-kira jam 6:00ptg. Singgah minum, solat dan terus ke pasar malam yg terletak di Felda Chiku 3. Dah sampai sini tak rare lah kalau tak cuba menu wajib orghe kelateee. Huhu. Lepas membeli belah beberpa jenis makanan untuk dijamu pada sebelah malam tu, weols terus ke Homestay yg terletak di Felda Chiku 2.
Malam tu lepas makan, Hanis dan mak mertua siap-siapkan dan touchup beberapa lagi hantaran yg belum complete.

 
Esoknye...
 

 

 
Sepupu asben, Kikie and his wifee, Yati. Pukul 6:00pg theyols bertolak dari Gombak untuk ke sini. Diorang ni meme orghe kelatee tapi tinggal n bekerja di KL
 

 
 
 
Rombongan meminang n bertunang kali ni tak ada warna tema. So, weols suami isteri pilih biru. Nasib baik tak haruu biruu.Hihi
Pukul 1:00tgh hari bergerak seramai 6 buah kereta ke rumah bakal tunang adik ipar termasuklah sepupu-sepupu asben, makcik dan pakcik asben yg menetap di Kota Bharu.


 


Semasa proses berunding untuk upacara meminang dan bertunang sedang dijalankan di dalam, weols yg muda-muda ni duduk di khemah makan sahaja. Bukan tak nak masuk, tapi taknak berasak-asak di dalam dan kami utamakan orang-orang yg lebih tua dahulu.
 
 
Selesai sessi bertunang dan menyarung cincin, barulah kitorang masuk untuk sessi bergambar dengan bakal adik ipar/biras baru.

 
 
  
Taraaa!!! Inilah bakal biras baru Hanis. Tak sabar nak dapat geng baru dalam family mertua. Sebab biras yg sebelum ni semua lelaki. So, tak ada geng nak berborak panjang n peluk cium bagai. Hamboi!!! Comey tak?

 Usai sessi menyarung cincin, kemudian sessi bergambar beramai-ramai ahli keluarga kami bersama tunang adik ipar Hanis.

 
 
 
 
 
 
Yg baju kelabu tu mak kepada tunang adik ipar Hanis, Izzati (tunang adik ipar), MIL saya dan nenek kepada tunang adik ipar.

 
Then, port untuk yg muda mudi pula bergambar bersama bakal ahli keluarga baru kiteorg.

 
 
 
 
Dalam banyak-banyak gambar, yg ni paling tak boleh blah. Boleh pulak Hanis posing ala-ala model mengalahkan org yg bertunang. Dahlah duduk paling depan pulak tu. Yg lain semua muka rileks je. Nampak sangat muka Hanis macam muka orang tak puas bergambar masa bertunang dulu. Hahaha...sape punye kerjalah yg ambil gambar ni erkkk!!!

 Sedang kiteorg semua tengah makan di luar...

 Adik ipar ambil alih port untuk bergambar bersama tunang dan ahli keluarga di dalam rumah pula.
 
 
 
Izzati bersama ahli keluarga dia.

 
 
 
 
Amboi ber'peace peace' lagi korang yer.

 
 
Makanan yg mereka sediakan memang sedap. Kebanyakkannya menu masakan org Pantai Timur sebab Hanis ada nampak ayam percik ala-ala Kelantan, solok lada, kerabu dan lagi 1 yg betul-betul Hanis tak pernah jumpa sebelum ni rojak buah ala-ala diorg.
Masa tanya Yati (wife sepupu asben) tu, ni apa? Dia kata ni rojak buah. Bukan Hanis tak pernah makan rojak buah sebelum ni. Tapi yg ni lain sikit. Just ada nenas dan segkuang. Kuah kicap tu cair sikit. Lepas tu diorg hidangkan banyak pulak tu dalam mangkuk besar mcm mangkuk nasi tu. Disebabkan ada nenas, Hanis tak makan pun. Tapi nasib baik tak makan, ada hikmah rupanya. Hehehe...
Dah, dah. Banyak sangat story pasal makanan. Nanti terliur pulak uols. Lepas makan kiteorg masuk semula ke dalam rumah untuk bergambar bersama semua ahli keluarga.
 
 
Alhamdulillah, selesai juga majlis ni. Walaupun nampak ringkas tapi tetap meriah. Teringat kenangan 4 tahun lepas masa Hanis bertunang dulu. Hohoho...

 
Last but not least...


 
 
Mestilah kena bergambar dgn hantaran sebab penat menggubah malam tadi tau. Sampai lewat-lewat kite tido. Okeh, I’m wearing blue dress with creaping lace and beads diamond. Lace dan manik tu pengalaman pertama Hanis jahit sendiri tau. Alhamdulillah, menjadi dan sempat juga siap sebelum majlis ni. Dress ni pula Hanis tempah dengan menggunakan kain yg sangat murah ilham daripada baju pertunangan Lisa Surihani. Nanti Hanis buat satu entry lain tentang dress ni okeh. Hahaha, tetiba!
Lepas bersalam-salaman dan ucap terima kasih pada tuan rumah, kiteorg bergerak pulang semula ke homestay.
Petang tu cepat-cepat mandi, solat dan meneruskan perjalanan ke rumah makcik asben di Kota Bharu sebab malam tu kiteorg akan bermalam di sana pula.
 
 
 
Sebelah malam tu weols sekeluarga keluar pula ke Wakaf Che Yeh ditemani sepupu asben dan wife dia.
Pulang ke rumah lebih kurang jam 1:00pg.

 
Esoknya...

 
Awal-awal pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Kali ni weols akan meneruskan perjalanan ke Baling kedah iaitu rumah keluarga Abang Firdaus (asben kakak ipar Hanis).
Dari Kota Bharu ke Baling, Kedah mengikuti jalan Grik mengambil masa kira-kira 5 hingga 6jam. Kemudian singgah makan dan shopping sekejap di Grik. Banyak orang jual-jual pakaian murah-murah dekat sini. Hanis just cuci-cuci mata je sebab tak ada benda yg penting hendak dibeli.
 
 
 
Kemudian...

 
 
 
Singgah makan lagi di Pangkalan Jeti Tasik Banding. Sampai sekarang tak boleh lupa kuew tiaw goreng paling sedap Hanis pernah makan di sini. Konon-kononnya nak share dengan suami. Tapi habis sepinggan Hanis kerjakan sorang-sorang. Time ni nafsu makan membuak-buak. Sepanjang perjalanan selama 2hari dalam kereta mulut ni asyik nak mengunyah aje. Alahai...kenapalah agaknye ye?
Lepas makan weols meneruskan lagi perjalanan ke Baling. Jalan dekat sini memang sejuk dan nyaman je. Walaupun jalan yg berbelok-belok boleh buat orang pening dan muntah, tapi udara dekat sini memang nyaman dan dikelilingii dgn pokok-pokok hutan membuatkan kitorang tak guna penghawa dingin pun.

 
 
See, siap keluarkan tangan dari tingkap sebab nak rasa kesejukkan angin di luar. Macam otw ke Cameron hari tu pulak. Hihi.
Sampai rumah family Abg Daus pun dah pukul 5:00ptg. Singgah melawat ayah dia yg sedang sakit sekejap, makan dan tumpang solat, pukul 7:00ptg tu kiteorg meneruskan kembali perjalanan pulang ke Subang.
Sampai rumah malam tu lebih kurang jam 1:00pg. Ya Allah memang penat dan letih sebab 3hari perjalanan ni banyak masa dihabiskan dalam kereta je. Tapi paling best dapat makan banyak-banyak dan puas-puas. Hihi...
Lastly, nak ucapkan ‘Selamat Menempuhi Alam Pertunangan’ buat adik ipar Hanis, Riduwan dan Izzati. Semoga perhubungan kalian kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. Semoga majlis dan perhubungan uols sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t. Remember alam pertunangan adalah alam yg penuh cabaran. Hopefully uols sentiasa tabah dan kuat mengharungi setiap dugaan yg Allah berikan. Amin...
 

 
Alhamdulillah, selesai sudah 1 tanggungjawab :-)