Rabu, 20 Jun 2012

Try N Error. My First Trial RED VELVET CAKE



Assalammualaikum.


Mesti uols menyirapkan tengok kek ni?
Pic : Tinkiu Abang Google ^_^

Photobucket

Mak kata orang pompuan kena pandai masak. Kalau tak pandai bukan pompuanlah dan buat malu aje pegang status pompuan kan? Tapi saya pasti 100 % semua pompuan-pompuan kat dunia ni pandai masak. Even masak air tu pun dikira masak jugaklah kan? Betul tak? Hehehe…

Dipendekkan cerita, last week ada puspanita dekat tempat kerja. Tau tak puspanita? Alah aktiviti orang-orang pompuan and salah satunya jual-jualan. Pompuan kan suka shopping, sebab tulah adanya aktiviti jualan-jualan di tempat kerja. Tapi bukan selalu pun. Sekali sekala je. Dalam sebulan sekali atau dua kali ( information pada yg tak tahu, yg dah tahu tu jgn menyampuk! He…)

And then, terpikat dengan sorang makcik ni. Ops! Bukan terpikat kat makcik tu, nanti uols ingat saya meroyan ke ape. Terpikat dekat kek yg makcik ni jual. Entah ape ke namanya main tunjuk je. Nah, ambik kau harga dia. Tak kesahlah sebab nak makan punya pasal. Price dia dah sama rank dengan Secret Recepies. Okeh. Terbaik kau makcik…


Do you think RM6.50 is available dengan kek yg hanya sebesar ini?

Lepas membeli alangkah pasrah masa bukak polistrin apabila melihat saiz kek yg terlalu kecil. Waaaaa!!!! Nak nangis tengok kek yg seciput sambil makan laju-laju (tanda protes).

Tapi nasib baik kek kau sedap. Kalau tak memang aku bakar kedai kek makcik tu. Kejams! Ini sedikit pesanan buat Makcik Kek tu…

p/s to Makcik Kek :
 “Makcik…saya rasa tak rugi kalau makcik potong bagi lebih besar sikit kek tu. Makcik still untung berlipat kali ganda tau.” (bajet makcik tu dengarlah rintihan aku ni. Hahaha…)

Jadi, disebabkan kecewa yg teramat sangat (poyo), saya terus korek-korek resepi kat google. Resepi pun main rembat je. Sebab tulah tajuk entry ni try n error. *tetiba*
Dengar bunyi macam kaedah cuba jaya. Dah macam subjek matematik aku amik je masa spm.





Mula-mula beli barang dulu ye adik-adik (bajet kakak sangat sebab pandai buat kek. Haha...). Barang-barang yg diperlukan…

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1 st baking powder)
½ sudu teh garam
15g sebuk koko (2 sudu besar serbuk koko)
113g butter @ ½ cawan butter (guna ½ dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor ( 200g gula biasa)
2 biji telur- gred A
1 sudu kecil asen vanilla
240ml @ 1 cawan buttermilk (jika tiada boleh buat sendiri)
1 cawan susu segar (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sudu makan pewarna merah ( 1 botol kecil serbuk pewarna merah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Kemudian kena buat cream cheese frosting pulak. Cream cheese frosting ni bertujuan untuk lepa atas kek atau slice kek bagi pelengkap kek red velvet nilah…

Cara 1
227g cream cheese
227g mascarpone (boleh ganti dgn cream cheese juga)
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ ½ cawan whipping cream
Tambah susu segar sedikit untuk frosting yg agak lembut.

Cara 2
500g cream cheese
400ml @ 2 kotak whipping cream
¼ sudu teh garam
2 sudu makan oren sunquick pekat.

*Yg colour merah tu nak senangkan lagi kerja uols*


Kemudian, mari kita pergi kepada proses membuat kek ini pula (salin tau jangan nengok je).

  1. Buat buttermilk dulu. Satukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam masa 10-15minit sehingga susu menjadi agak pekat. Boleh juga gantikan jus lemon dengan sukatan yg sama.

  1. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter nipis. Pukul Dalam gula dan juga butter sehingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga kembang dan gebu.

  1. Dalam cawan buttermilk, satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati sehingga pewarna tidak berketul-ketul. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk sebanyak 3kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

  1. Satukan soda bikarbonat dan cuka di dalam mankuk kecil sehingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati.

  1. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40minit sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

  1. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian. Sementara menunggu kek sejuk, sedikan cream cheese frosting. Satukan cream cheese serta bahan-bahan lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak-agak kepekatan yg sesuai untuk disapu pada kek). Sapukan pada kek dan hias mengikut kesukaan uols. Sejukkan di dalam peti ais untuk kenikmatan yg berganda.



Cara seterusnya adalah cara suka-suka nak ubah. Mana yg rasa-rasa tak okay tu kita repairlah sikit-sikit next time. Ingat motor kereta je ke boleh repair-repair? Kek pun boleh tau. Sebab kita yg buat dia. Kalau uols baca ni confirmlah Hanis dah try ye. Bukan ciplak je resepi dan gambar pastu publish dekat belog and kata sedap sedap. Yang ni baru dinamakan sharing is caring.

Okeh, firstly saya rasa memang banyak pahala lah orang yg bagi resepi ni sebab first time juga buat kek resepi dari internet ni yg menjadi walaupun pada awalnya agak was-was. Tehee…Thanks tau kat blog NI.

Second, uols perasan tak dalam list barang ada disenaraikan serbuk koko, tapi dalam cara membuat tak disebut pun suruh masukkan serbuk koko. So, saya main hentam je masukkan serbuk koko tu masa nak masukkan tepung. Jadi, kita ubahlah sedikit resepi tadi eh. Begitu juga dengan asen vanilla. Letak sebelum uols masukkan tepung tadi.

Ketiga, cream cheese frosting kalau ikut sukatan resepi di atas memang  banyak lebih sebenarnya. Macam boleh buat cream cheese frosting untuk lagi 1 kek je. So, apa kata uols buat sukatan semua untuk separuh-separuh je. Contohnya :-

*Saya guna cream cheese frosting cara 2*

250g cream cheese
200ml @ 1 kotak whipping cream
1/8 sudu teh garam @ secubit garam je
1 sudu makan oren sunquick pekat (nak letak lebih sedikit pun tak ape)


Kalau uols nak tau, cream cheese frosting yg ni agak cair (cair sedikit dari kek yg saya beli tempoh hari). So, rasanya kita pekatkan sedikit dengan lebihkan cream cheese dan kurangkan whipping cream. Ikut sukatan uols lah supaya masa lepa atas kek nanti tak lah meleleh-leleh.

Keempat, warna kek tu memang la merah menyala. Jangan terkejut tau. Dah nama pun red velvet. Tapi rasanya tak perlulah letak sampai habis 1 botol kecil tu. Lagi cantik letak separuh je. Maybe nanti kek yg kita buat tu cantik macam Siti Nurhaliza warna kek yg saya beli kat atas kot. Try ajelah.

Kelima, kek yg saya buat ni okay dan gebu. Resepi ni memang terbaik dari ladanglah. Hehehe. Tapi struktur kek cara bake sebenarnya lebih kering sedikit. So next time apa kata kita try cara stim pulak dengan mengukus kek tu. Maybe lagi lembut kot. Dah nama pun try n error!

Kemudian mari kita servey harga barang-barang yg saya beli pulak. Tengok, sharing giler tak saya sampai siap bagi senarai harga barang-barang lagi dengan uols. *tetiba*

Sebenarnya, harga barang nak buat kek ni taklah mahal sangat. Tapi harga barang-barang nak buat cream cheese frosting dia memang boleh tahan.


1. Cream cheese = RM 7.90/mangkuk-Kena guna 3 mangkuk.
2. Whipping cream = RM 7.90/kotak-Kena guna 2 kotak.
3. Tepung kek = RM 5.90/kotak-Guna suku je
4. Serbuk koko = RM 6.50/250g-Guna 2 sudu besar je.
5. Butter = RM5.90/ketul-Guna separuh sahaja.
6. Cuka = RM1.90/botol-Guna 2 sudu makan je.
7. Susu segar = RM 2.90/kotak.
8. Telur = RM0.60/2biji.
9. Gula kastor = RM2.30/kg-Guna separuh lebih.
10. Asen vanilla = RM 1.90/botol-Guna 1 sudu kecil sahaja.
11. Soda bikarbonat = RM 2.00-Guna 1 sudu kecil sahaja


Totally barang-barang di atas uols boleh buat 2 atau 3 kali lagi kek red velvet ni. Rasanya berpatutan jugalah kan dengan harga dia?


Apa yg saya nak katakan, rasa seronok dapat share apa-apa yg baik dengan kawan-kawan semua. Nak bagi rasa tak dapatlah pula. Tapi saya siap bawa ke office tempat kerja lagi. Alhamdulillah, diorang semua puji sedap konon. Mula-mula tu cuak jugak. Entah apalah yg diorang kritik ni nanti. Silap-silap mau sakit perut lak anak orang. Beria-ria jugalah siap ada member yg kata TERBAIKKK…
 Photobucket
Thanks korang. Memang lebih bersemangat lagilah lepas ni nak pukul orang kek. Sumber inspirasi ni!


Paling best husb call dan cakap nanti lepas ni boleh kumpul duit untuk pergi honeymoon beli oven. Wah! Happy sesangat…Thanks for our supports!


Selamat mencuba. Try, jangan tak try tau! Thanks for reading n I proud to sharing with others.


Thanks 4 ReadinG

Jumaat, 15 Jun 2012

Freebies!

Assalammualaikum...


Hai. Sekarang saya tengah gila berfreebies. Photobucket Semua gambar nak hias-hias bagai dah macam scrape book tu. Tapi yg ni versi digital. Omputeh panggil Digital Scrapebook!

Boleh download freebies-freebies comel ni kat internet je...



Jom tengok ini. Saya tak kreatif sangat. Kalau buat gambar jadi rojak okeh la...hehehe




Percubaan pertama DONE! Tapi sememeh sikit. Suram dan mendung...hehehe


Percubaan kedua agak kebudak-budakan. Sayakan sweet 17..Hahaha...


Ok SekiaN


p/s : Esok nak berBBQ dengan rakan-rakan sepejabat. Yeahhhh! Photobucket tak sabar nak tunggu esok. Taklah sebenarnya tak sabar nak jumpe husb sebab esok dia janji nak ajak tengok wayang midnight. Okeh!


Photobucket

Thanks for Reading
Freebies : Credit to Shutterfly.typepad.com

Rabu, 13 Jun 2012

Permata Untuk Isteriku

Assalammualaikum...


Sahabat...Hanis nak share sikit ni. Cuba baca and fikir sejenak ayat ni...



"Kehidupan selepas berkahwin adalah kehidupan yg terindah. Namun, tak semua yg kita impikan menjadi kenyataan" 



Sebenarnya last week ada terbaca 1 artikel ni di surat khabar. Rasa tersentuh dan tersedar seketika. Betul apa yg penulis tu katakan.

Pertama, seorang ISTERI wajib menjaga prilakunya, auratnya dan harta suami ke jalan yg diredhai Allah.


Kedua, kalau kita fikir kehidupan selepas berkahwin is seronok je memanjang, silaplah. Banyak dugaan okay. Sebab macam-macam perkara yg kita tak terfikir akan berlaku nanti.


Ketiga, cuba hayati bait-bait lagu ni...


"Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku"


Judul lagu : Permata Untuk Isteriku
Nyanyian : Kopratasa



Isteri-isteri, paham tak? paham tak?


So, kesimpulannya, pada adik-adik (bajet saya kakak sangat leeetewww!) yg dah plan-plan nak kahwin, make sure uols persiapkan diri untuk berperang dari segi mental dan fizikal. Rohanipun jangan lupa sebab alam berumahtangga adalah alam yg banyak cabarannya. Expecially dari segi kewangan. 

Kadang-kadang sebab wang dan kesempitan hidup kita boleh bergaduh, kita boleh tinggal berjauhan dan bercerai berai. And jangan terkejut pula kalau before kahwin kita kerap jumpe atau keluar sama and after kahwin pula sebaliknya. Just thinking positive dan anggapkan...


"Hubby ajak duduk rumah sebab dia nak tengok muka kita seorang sahaja 24jam. Hahaha."  

Positive sangat tak saya berfikir sampai kesitu sekali...

Selalunya kaum ISTERI lah yg banyak mengeluh, tapi cuba uols fikir ke mana suami kita? Diorang bekerja siang malam sebab nak bagi ISTERI hidup senang lenang dan bahagia. Diorang sanggup berpenat lelah sampai tak ada life untuk diri sendiri semata-mata nak cari duit untuk ISTERI. Kesian SUAMI kan?

Sebagai ISTERI kenalah banyak bersabar dan memahami. Rasanya tak ada hadiah lain yg terbaik selain memahami mereka right?


Ok...Thanks for Reading

Image : Creadit to Mr. Google

Selasa, 12 Jun 2012

Produk Penjagaan Wajah Yang Awesome


Assalammualaikum


Tersedar dari lamunan seketika (memang suka mengelamun pun-ceh!. Seketikalah sangat kalau dah masuk 27 tahun mengelamun. Bhahaha…) baru kini saya sedar akan raut wajah yg telah menampakan kedutan ekoran dek faktor penuaan yg semakin ketara. (bukan maen skema ayat kau ye?) Hehehe…

Kini, saya mulai risau dan mula menitik beratkan penjagaan wajah, kesihatan dan anti penuaan. Anti penuaan? Alah, macam produk-produk yg ada label ‘anti aging’, ‘callogen’ dan ‘new old’ itewww. Seperti yg semua sedia maklum, penuaan akan mula berlaku pada setiap individu apabila mencecah umur 25 tahun. Saya dah nak masuk 27 pun, dan masih terhegeh-hegeh mencari produk anti penuaan. Nampak sangat ada kelewatan disitu.

 Dermagic Beauty Moisturiser dari Simply Siti ni adalah salah satu produk 'anti aging' yg mama saya pakai dan terbukti keberkesanannya ^_^

Selama hari ni memang tak ambil kisah pun. Janji muka tiada jerawat, syukurlah…Bunyinya macam… “Hadda aku kesah?”. Tetapi, bila tengok pipi sendiri yg rasa macam dah tak balance dan berkerut-kerut walaupun hakikatnya saya sedang tersenyum, oh maaaiiiiigggguuyyyy! Rasa seperti umur di  40an pula. Tak naklah pula nanti ada yg kata saya kelihatan lewat berbanding usia…Jangan nanti bila berjalan-jalan disebelah suami orang lain ingatkan saya ni kakak atau maksu dia! Oh TIDAKKKK…


Biarpun isteri lebih tua, asalkan bahagia.

Aktivi seharian (bukan berpanas pun, padahal duduk dalam bilik ber’air-cond’ je kot) membuatkan kulit wajah menjadi lebih kering dan mengelupas. Bila tengok dekat-dekat di cermin dan merenung sambil diri sendiri berkata “Muka nenek kebayan mana dalam cermin ajaib ni” Hahaha…kecewa sangat!. Sebelum orang lain yg kata, baik saya merendah diri dulu dan mungkin ada juga segelintir yg telah perasan tanpa pengetahuan saya. Oh, owesome sungguh ~_~ katernye…


Walau tak guna semua ni pun still nampak cantik kan...

Saya ni bukanlah jenis yg terlalu tipikal dalam menjaga raut wajah dan penampilan. Cukup sekadar facial wash (itupun sebab muka gatal-gatal bila tak cuci), sunblock (guna tyme keluar bekerja je untuk mengelak muka berbelang), two way cake (kalau rajin dan elak muka berminyak) dan lipstick (sebab tak nak nampak pucat sangat seperti mayat hidup). Makeup lagilah malas kemain. Nampak tak kesemua barang-barang yg saya gunakan di atas hanya mempunyai fungsi-fungsi tertentu untuk orang yg malas seperti saya ni.

Setiap hari sebelum keluar atau ke tempat kerja saya hanya menggunakan sunblock, secalit bedak dan lipstick. Itupun kalau saya rajin laa... Kalau bertambah malas lagi, terus sarung tudung jer. Memang muka nampak pucat tanpa makeup. Bagi saya nak nampak neutral beauty lah konon. Ceh!. Kalau orang lain seminggu sekali pasti pergi buat facial, scrubing atau masker untuk flawless kan lagi kulit dorang, tapi bagi saya… “Maaf, semua tu tak ada dalam senarai barang dapur hakku!” Hahaha…gila pemalas perempuan ni. Sebab tulah kulit saya tak secantik Kristine Hermosa yg flawless sangat tu!

Bercerita mengenai produk penjagaan wajah dan anti penuaan, terdetik di hati untuk mencuba produk daripada Korea ni (maybe Korean is the best about beauty and fashion sebab Siti pun hasilkan produk dia di Korea). Kalau dulu rangkaian produk dari eropah memenuhi pasaran negara kita. Terkinja-kinja (hehe...akulah tew) si anak muda untuk mencuba produk Loreal, Maybeline, Mac, Lancome dan bebarapa lagi jenama terkemuka lain yg menjadi kegilaan ramai wanita. Hakikatnya produk-produk ini tak sesuai mana pun dengan kita kerana kulit orang eropah sememangnya semulajadi telah dilahirkan putih dan mulus. Iklim diorangkan sejuk dan kering. Kita orang asia okeh…


Maybelline memang produk kegilaan ramai expecially masa saya study dulu. Antara produk  yang paling popular adalah maskara ini yg boleh melentikkan bulu mata sehingga 360 darjah. Hakikatnya tak lentik mana pun. Wakaka...

Model seperti di atas memang kadangkala memberi impak yg sangat memberangsangkan kepada kita expecially anak muda yg baru-baru mencuba produk dari jenama terkemuka dunia.

Kemudian, keluar pula produk-produk truthly asia katanyer. Seperti produk dari Indon, Thailand, Philipines dan tidak ketinggalan dari Malaysia. Ibarat cendawan yg tumbuh selepas hujan, produk-produk ini memenuhi pasaran-pasaran expecially GELAP  (**GELAP means yg jual kat tepi-tepi jalan dan pasar-pasar belakang bangunan tu) dan diragui kandungannya. Tu yang bila pakai muka merah macam udang kena bakar. Rupa-rupanya kebanyakkan produk-produk ini tidak mendapat kelulusan dari KKM serta terdapat juga produk yg mengandungi bahan kimia yg merbahaya seperti hidrokinon dan merkuri yg boleh menyebabkan kanser kepada pengguna.


Say No! to chemical cosmetic. 

Kini, kebanyakkan pengguna telah beralih pula kepada produk dari Korea, Taiwan dan China seperti Tonymolly , Etude House, Elianto dan banyak lagi yg saya pun tak berapa tahu dan tak ingat. Ngeh…ngeh… dimana, produk-produk ini kebanyakkannya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tumbuh-tumbuhan. Seiring dengan legasi kebanjiran music k-pop di tanah air, kalau uols tengok di shopping-shopping kompleks pun penuh dengan butik-butik kecantikan dari asia timur ni. Kadangkala bukan kita faham pun apa yg ditulis pada kotak dan barang-barang cosmetik theyols ni. Tapi disebabkan pakaging dia yg awesome sungguh! membuatkan kita ni mudah tergoda kan?

Tak kesahlah...janji sesuai...hahaha...


Ini kedai Etude House di alam fantasi saya. Ngeh..ngeh. 




Produk pertama yg saya beli dari Etude House ni adalah...




jeng jeng jeng!!!
*tetiba*



Massage musk ini it's so yummy! Saya dah mencubanya. Memang rasa fresh dan cool babe!

Ok...kepada uols yg sedang tercari-cari masker wajah, boleh la try Moistfull Massage Mask dari Etude House ni. Tak mahal mana pun. Even student pun mampu untuk beli n try. Siriusly nampak perubahan selepas beberapa kali saya menggunakannya. Garisan-garisan pada wajah yg sebelum ni membuatkan saya gusar telah berkurangan!

Dan paling best ianya besar! Saya beli hanya RM35.++ untuk 200ml. Tak ke berbaloi-baloi namaye. Maybe boleh tahan 2 tahun kot. Hehehe...


Keterangan lajut mengenai produk ini sila klik ke ETUDE HOUSE



Thanks 4 reading



Ahad, 10 Jun 2012

Tips Wedding Cara Hanis


Assalammualaikum.


Hi guys, hari ni tetiba lak mood nak give n share beberapa tips perkahwinan berdasarkan pengalaman saya dulu. Kata orang sharing is caring. I would like to share our weddings moment dengan uols semua n mana tau tips-tips ni sedikit sebanyak boleh membantu korang semua yg ketandusan idea di saat-saat hari bahagia korang nanti.

Remember! Nak plan for wedding ni bukanlah perkara yg mudah yg hanya memerlukan sehari dua punya plan. Bahkan ianya melibatkan masa yg panjang sedangkan nak tempah catering, butik pengantin, pelamin, khemah dan lain-lain memerlukan masa yg lebih awal dari tarikh majlis.

Kita juga memerlukan tenaga dan pendapat ahli keluarga serta perbincangan yg rapi mengenai kesesuaian bajet dengan majlis tersebut agar setiap yg dirancang berjalan dengan baik dan sempurna.

Yg penting biarlah bersederhana dalam segala aspek tetapi tetap meriah. Tak perlulah berhabis beratus ribu ringgit, tetapi majlis tidak seindah yg diimpikan. Bagi saya, biarlah setiap tetamu yg hadir berpuas hati dan gembira apabila hadir meraikan majlis raja sehari kita itu nanti.

Berikut adalah beberapa tips yg selalu kita tidak perasan atau terlepas pandang dalam sesuatu majlis perkahwinan itu berlangsung.


1. Pemilihan baju wedding yg kontras dan lebih menonjol.


Rancang tema dan pakaian
perkahwinan uols agar tidak lari dari warna asal tema tetapi lebih kontras dan menonjol. Kalau masa wedding Hanis dulu, Hanis pilih tema pink+purple. Background di pelamin pula ada fabrik tergantung warna pink dan purple yg lembut serta background damask berwarna kelabu lembut. Yg menaikkan seri pelamin tu adalah bunga-bunga arch yg berwarna merah hati, pink dan cream.

Untuk baju wedding pula, Hanis still menggunakan tema yg sama tetapi kali ini lebih kontras sedikit iaitu warna merah hati. Begitu juga pakaian dari sebelah family, weols memilih warna yg lebih muda dari baju wedding kami iaitu pink. Bila bergambar di pelamin, kedua-dua pengantin akan nampak lebih fiuturistik dan tak lah tenggelam…





2. Pilih makanan yg sedap-sedap khas untuk tetamu.


Make sure makanan atau menu yg uols pilih adalah sedap dan memenuhi selera tetamu yg hadir. Biarpun catering yg tak glamour, even ‘katering kampung’ pun asalkan sedap makanan yg dihidangkan apa salahnya kan?

Uols boleh minimumkan sedikit bajet untuk khemah atau hiasan-hiasan meja makan yg tidak berapa penting untuk makanan yg sedap-sedap ni. Barulah tetamu yg datang nanti  berpuas hati lantas berkata… “ Tak pernah saya makan makanan sesedap ini sepanjang pergi ke majlis kahwin”. Tak ke yawww tu!




Tiga picture makanan je sudah. Nanti banjir lak blog saya ni dgn air liur. Hahaha
Pic : Kredit to google


3. Simpan kesemua resit, bil, amount atau apa sahaja yg melibatkan perkahwinan anda dalam 1 envelop. 

Sesetengah individu bila dah beli barang terus je campak resit atau bil tu ke dalam tong sampah. Bagi Hanis, resit-resit ni penting disimpan even uols beli barang yg berharga seringgit pun kena simpan tau!

Kenapa?

· 1st, mestilah sebab kalau korang tersalah beli barang ke, kan senang refund balik barang tersebut kalau ada resit.

· Kedua, selalunya resit ni membuktikan yg korang dah bayar sesuatu amount pada butik, catering atau khemah. Senang nak rujuk semula bila tarikh bayaran dan berapa lagi balance bayaran yg belum korang buat. Kan ke senang ada resit asli ni.

· Ketiga, bila uols kumpul semua resit-resit beli barang, contohnya bagi mereka yg mengubah hantaran sendiri senang nanti nak total wang yg korang belanjakan untuk keseluruhan hantaran. 




4. Bayar secara ansuran sedikit demi sedikit daripada masa awal lagi.

Apabila sudah buat perancangan dengan teliti, uols bolehlah buat pembayaran ansuran sedikit demi sedikit. Taklah korang terasa sangat nak keluarkan sejumlah wang yg banyak daripada nak bayar sekali serentak nanti.

Lagipun kita tidak digalakkan untuk membayar keseluruhan amaunt yg ditetapkan untuk mengelakkan sebarang penipuan.



5. Rajin-rajinkanlah tangan untuk membuat research.

Seperti yg Hanis katakana, perancangan majlis perkahwinan bukanlah perkara yg mudah. Jadi, rajin-rajinkanlah tangan untuk membuat research mengenai butik-butik perkahwinan, catering, khemah, dj atau p.a system, goody give dan sebagainya.
Salah satu laman web perkahwinan yg memuatkan segala keperluan perkahwinan dari a to z ialah : KAHWINMALL.COM

Selain itu, terdapat juga laman-laman sosial sekarang banyak mempromosi pakej-pakej perkahwinan mengikut tema dan trend semamsa. Better uols buka laman-laman web ini setiap hari bagi mendapatkan idea dan inspirasi mengenai majlis perkahwinan uols agar ianya tidak ketinggalan zaman. 







6. Buat checklist keseluruhan berdasarkan keperluan uols di dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Berikut adalah contoh checklist yg telah Hanis buat semasa wedding Hanis dahulu :

· Checklist ni uols boleh update dari masa ke semasa sekiranya ada sebarang perubahan, pembayaran atau penjelasan. Catatkan sekali disitu untuk memudahkan uols membuat rujukan.

· Sertakan item, nama tempat/syarikat, harga, unit, jumlah harga, masa/tarikh bayaran serta tarikh deposit.

· Kalau ada diantara item yg ditaja/disponser oleh ahli keluarga atau rakan-rakan, catatkan sekali disitu untuk memudahkan uols membuat rujukan.

Sebenarnya checklist ni adalah salah satu cara yg sangat baik untuk mengetahui jumlah keseluruhan wang yg telah anda belanjakan untuk majlis perkahwinan anda. Jadi, tak salah gunakan sedikit masa yg kita ada untuk membuat checklist ni kan






7. Nak cantik dan murah kenalah rajin.

Mana ada benda yg perfect tapi murah dalam dunia ni lagi-lagi apabila sesuatu perkara yg menjadi item terpenting masa kini. Walaupun kebanyakkan butik-butik pengantin dan catering bersaing menawarkan pakej-pakej menarik kepada pelanggan, namun harganya tetap meningkat dari masa ke semasa.

Oleh itu, sebagai pengguna kita haruslah bijak memilih pakej-pakej yg mereka tawarkan.


Backdrop untuk bilik tidur ni saya buat sendiri. Dari membeli papan, mengetuk, mengecat, vernish semua buat sendiri. Nak kahwin punya pasal. Hehehe..


8. Pemilihan terletak di tangan anda.

Sebagai bakal raja sehari anda berhak menentukan pendapat dan kehendak anda sendiri. Jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis butik pengantin, catering, khemah atau apa sahaja yg anda langgani. Sekiranya kebanyakkan keperluan anda ditaja, anda juga berhak menyatakan hasrat anda. Buatlah perbandingan dan pemilihan yg tepat. Tidak salah mendapatkan bantuan nasihat dan pendapat orang sekililing anda. Namun jangan pula sehingga anda sendiri diibarat seperti bahan eksperimen atau bahan tajaan.

Ingat! Semua mata tetamu akan tertumpu pada anda di hari berlangsungnya majlis. Oleh itu, jangan cacatkan penampilan anda dek kerana sikap anda yg terlalu malu untuk bersuara.



9. Elakkan memilih tarikh majlis di cuti sekolah atau cuti umum.

Kebanyakkan pasangan dan ahli keluarga lebih gemar memilih tarikh majlis pada cuti-cuti sekolah dan cuti umum. Hakikatnya majlis yg dirancang kurang meriah kerana para tetamu terpaksa terkejar-kejar untuk memenuhi undangan perkahwinan yg banyak.

Terdapat juga jiran dan saudara mara yg tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kita kerana mereka telah sedia ada aktiviti masing-masing seperti pulang ke kampung, bercuti dan melancong.

Pakej-pakej perkahwinan juga menawarkan harga yg tinggi berikutan permintaan yg meningkat. Perkhidmatan mereka juga kurang memuaskan kerana kurangnya tumpuan pada sesebuah majlis tersebut.



10. Sentiasa berdoa dan memperbanyakkan bacaan yassin sebelum majlis. 

Akhir sekali pohonlah petunjuk dari Allah s.w.t. Jika tanpa keizinan daripadaNya, maka takkan berlakulah sesebuah majlis itu. Jauhi amalan-amalan syirik dan khurafat seperti amalan mencampakkan pakaian ke atas junjung atap rumah untuk mengelakkan hujan turun sewaktu majlis berlangsung. Sesungguhnya Allah Maha Penentu segalanya…


TahNiaH


******** 

Semoga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar

AmiN

********


Jumaat, 8 Jun 2012

Hi Baby Mia ~_~


Assalammualaikum.


Tengok tajuk je macam dah comel kan? hi Siap say "Hi" lagi. Bajet baby Mia dengarlah tu. Hihihi...

Entry kali ni pergi melawat baby yg masih fresh lagi. Maksudnya yg baru lahir dan mak dia di alam berpantanglah katakan...


Walaupun masa ni dah lama, tapi saya tetap nak update jugak. But still late, better late than never right?


Before this memang selalu dah melawat baby yg dalam pantang ni. Macam entry saya yg sebelum NI. Tapi tak sempat nak beli hadiah, bagi duit je. Lagipun baby mana ada reaksi kalau kau bagi ape pun. Bagi duit dia diam, bagi hadiah pun dia diam, bagi PS2 pun dia tetap diam. Hahaha...
(Memanglah bagi PS2 baby tu diam, tapi bapak dia yg tak reti dok diam. Shut up! menyampuk ye cakap orhang tua).



Sebelum tu mari beli hadiah dulu....



Packing banyak-banyak sebab senang nanti tinggal cekau saje. Dah macam AMOI kat pasaraya yg balut-balut hadiah tu jew saat saya wrapping mendealah ni. Hihi...




Ops! salah la...Ni hadiah untuk orang kahwin!



Okey cuba tengok yg ini pula kot-kot betul...let me think



Rasa macam saya pula dapat kesemua hadiah ni ^_^. Shuukaaa!



Erm...ini baru betul hadiah untuk baby.onion-head-emoticon-1




Kalau sebelum ni selalu pilih dan borong hadiah untuk kawan-kawan yg kahwin, tapi sekarang dah kena beli hadiah untuk baby pula. Sebab yg dah kahwin tu semua dah berbaby. Huhu...




Shopping barang-barang baby memang seronok. Grab dan bayar jer sebab semua choomel-choomel dan rasa nak gigit-gigit jewww. Nyum-nyum!
*tetiba*




Kemudian, hadiah yg telah lama di beli dan dibalut cuma jadi hiasan di bilik tidur sahaja buat beberapa minggu. Disebabkan saya yg sibuklah sangat bekerja sampai tak sempat nak melawat baby Mia. Mak Mia pun dah siap sound-sound lagi bila nak jenguk anak dia. Hihi....



Teruja tengok barang-barang baby yg chomel-chomel ni.
Kalau time saya nanti mau borong 1 pasaraya. *meroyan*


Hari yg dinanti-nanti saya telah pun tiba setelah melawan pelbagai arus kesibukan. Ceh! hayat tak boleh belah!

Tengok ni...tengok ni...big-black-eyes



Nampak tak kekakuan saya disitu.
 Walaupun saya keras macam kayu tapi baby Mia still tidur lena tau.

Penat saya pangku, dukung, gendong dan bawak berlari bagai onion-head-emoticon-15(tipu letewww) tapi baby ni still tak bangun-bangun. Bila saya usik-usik pipi dan tangan dia, cuma bukak mata sebelah jer kecik. Wah, tecik-tecik lagi dah pandai berlakon ye anak ko ni Pah!




Tidur tak bergerak-gerak. Menci betul ko nengok muka makcik ko ni eh. Hahaha. 




Syookkknyeee dia. Tak buka mata langsung waktu saya datang.


Aik...aik..bangun. Cepuk kang! punched Bahaha...suka-suka je nak cepuk anak orang.




Baby Nur Auni Damia. Sedapkan nama?

Semoga menjadi anak yg solehah dan membesar dengan sihat.
Dah besar nanti jangan lawan cakap mak ayah tau.


Nice Sweet Born


Anda bila lagi? 
Eh tanya orang lak. Hakku lah! Hahaha....



Okay bye n take care. Thanks 4 reading

bye

Khamis, 7 Jun 2012

Saya Yang Sedang Berhijrah



Assalammualaikum…


Pic : Thanks En. Google ^_^

Hi peps! Alhamdulillah…sekarang ramai dah artis bertudung. Ramai yg mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Semua nak ke arah kebaikan. Syukur sangat-sangat. Bukan sahaja golongan artis, rata-rata rakan-rakan saya pun begitu.

Tapi bukan golongan tak bertudung sahaja kita lihat mendapat hidayah. Bahkan, golongan bertudung pun sebenarnya perlu mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Like me. Yup, macam Hanis. Secara jujurnya saya pun nak ke arah yg lebih baik, baikk dan baikkk tu. If, before this rata-rata kata saya memang baik (perasaan sungguh!) tapi hakikatnya Allah sahaja yg mampu menilai setinggi mana kebaikan saya. Rasanya masih jahil-liah lagi dalam segala aspek kot. Hehehe…

Yes! Saya ni perempuan. Perempuankan kaum yg lemah. Totally after married memang saya fikir nak berubah sampai 1 tahap hati menjerit-jerit hendak ke tanah suci Mekkah. Sampai 1 tahap juga nak tutup aurat dan memakai jubah serba hitam likes orang arab teww. Inshaallah…suatu hari nanti pasti tercapai jua impian saya. Memanglah saya seorang yg bertudung dan menutup aurat dan orang lain pikir saya tak perlu ubah apa-apa dah. Semuanya dah cukup perfect. Ops! Bekalan untuk akhirat saya belum cukuplah. Banyak lagi yg perlu saya lakukan. Kalau cukupnya bekalan akhirat seseorang 100 000kilo, maybe saya baru 80kilo. Why 8? Sebab saya suka no. 8. Bhahaha…

Terus terang saya katakan sebelum ni (lagi-lagi before kahwin) kalau keluar pergi mana-manapun, even keluar rumah seharian suntuk ke jarang sekali saya bersolat. Kalau tergerak hati adalah. Perasaan tu tak tahulah malas ke, alasan tak bawa telekung ke, tak sempat ke, tak ada masa ke, sayang tanggal makeup ke, seluar kotor ke semuanya berlegar-legar di kepala. Akhirnya pulang dalam keadaan badan yg letih dan lesu. Nak qada’ solat pun hareeemmm, buat mana yg sempat je. Kot ye manalah saya larat nak qada’ semua waktu dalam satu masa. Sudah-sudahnya solat je waktu yg ada (sewaktu balik tu) dan selebihnya sleepyyy…

Dalam hati memang ada perasaan “Menyesalnya aku tinggalkan solat. Ya allah berdosanya aku”. Tapi tak guna cakap semua tu bertalu-talu kalau saya sendiri tak gerakkan minda, hati dan tubuh badan ni untuk kerjakan semua tuntutan Allah tu. Alhamdulillah sejak peristiwa saya jatuh sakit lately n now saya cuba praktikkan untuk bersolat walaupun berada diluar rumah. Saya sendiri yg selalu ingatkat Hubby bila keluar… “B, kat mana nak solat nanti?” Syukur, Allah beri hidayah masa saya sakit tempoh hari. Saya yg mintak sakit tu sebab saya nak bertaubat dan mintak Allah beri balasan di dunia ni sepanjang saya hidup agar Dia meringankan dosa-dosa lampau saya bila di akhirat kelak.

Emak sayakan sakit perut!. We r plan nak support kos perubatan if emak kena jalani rawatan hospital yg mahal tu. Sebelum tu saya yg mintak Allah beri sedikit penyakit yg emak tanggung tu kepada saya. Biarlah saya yg sakit sebab saya masih muda. Tenaga mak ramai yg perlukan. Adik-adik, abah, saya dan satu family saya nak kan mak sihat. Tapi bila lepas tu saya yg jatuh sakit, saya redha. Thanks a lot Allah sebab sentiasa dengar permohonan saya. Emak sihat sangat saat jaga saya di KPJ tempoh hari. See? Dia sentiasa dengar permohonan hambanya ini! Dia tak pernah lupa walaupun adakalanya permintaan saya yg masih belum dipenuhi.

Kemudian, saya minta pula Allah pulihkan penyakit saya kembali. Saya minta Allah panjangkan umur saya sebab saya nak berubah kepada yg lebih baik. Walaupun saat itu saya terpikir "Adakah hingga di sini sahaja hayat aku?" tapi saya tak sanggup nak 'tinggalkan' suami, mak, abah dan adik-adik. Akhirnya kami temui jalan penyelesaian walaupun jalan itu penuh berliku. Kalau difikirkan mana family nak cari duit sebanyak 22ribu tu???. Jumlah yg tak masuk akal. Tapi tulah sebenarnya jumlah untuk kos rawatan emak. Terpaksa saya yg mengambil alih tugasnya. Sekali lagi Allah tunjukkan bukti kekuasaanya bahawa saya mampu menyediakan jumlah wang tersebut. Yes saya mampu! Saya dapat jalani rawatan di hospital swasta yg mahal dan tinggal di bilik VVIP. Ramai yg kata saya memang mewah. Sekali lagi Allah bantu saya, dapat surgent terbaik, penyakit saya dapat dirawati dengan baik dan saya pulih dalam keadaan yg sangat baik. Tak ada sedikit kekurangan dan kecacatanpun yg Allah beri.

Jadi, kenapa harus saya lupakan Dia saat saya senang, saat saya tiada masalah, saat saya tidak sakit? Sebab Allah tak pernah lupakan hambanya walau sesaat pun… Korang semua, saya pun sedang berhijrah. Mungkin tak banyak yg dapat dilihat. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit kan? And now, kalau keluar sempat atau tak saya tetap cari surau, masjid atau musolla untuk mengerjakan solat. Tak lengkap hari-hari saya jika meninggalkannya walau sewaktu pun. Tanggallah makeup yg cantik-cantik sewaktu mengambil wuduk tu tak mengapa. Sebab hati saya makin tenang selepas itu…Amin Ya Rabbal Alamin…




p/s : Dear, weekend lepas pergi Muar coz attend wedding member asben. Saya dapat kawan baru yg baik dan peramah. Dia pun sama seperti saya yg sedang ‘berhoneymoon’ walaupun telah 2 tahun lebih berumah tangga. Dan yg paling penting dia juga tidak meninggalkan solatnya walaupun di luar rumah like as me. Hihi…
Guys, doakan kebahagiaan kami ye. Amin…







Thanks for reading...